Buku setebal 308 halaman ini memberi panduan tentang cara mengurus kerjaya guru di sekolah, siapa yang perlu terlibat serta faktor dan prinsip yang dapat membantu mencapai matlamat tersebut. Antara isu yang dibicarakan adalah hubungan pembangunan profesional dengan pengurusan sumber manusia, perancangan pembangunan sekolah, latihan awal pengurusan, kemahiran memimpin dan kualiti pentadbiran guru.
Buku ini perlu dibaca oleh semua penyelaras pembangunan profesional di sekolah, pentadbir pendidikan serta mereka yang menjadi sebahagian daripada pasukan pengurusan kanan sekolah. Buku terjemahan Munirah Mustaffa ini diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) daripada karya asal Managing Professional Development in Schools yang ditulis oleh Sonia Blanford. Layari laman ITNMB untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment