Friday, December 2, 2011

Aquaria KLCC...


















Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, December 1, 2011

Visit ITNMB...

Sepagi saya menghabiskan masa mencari lokasi Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNMB). Pemanduan benar-benar bagai Rancangan Astro, Amazing Race mencari lokasi ITNMB. Masuk simpang keluar simpang sehingga satu ketika berhenti dihadapan rumah orang yang tuannya hendak masuk tetapi terhalang oleh kenderaan kami. Namun, iPad juga yang banyak membantu memudahkan pencarian ditengah-tengah kenderaan yang bertali arus menyusuri jalan raya hatta di kawasan taman perumahan sekalipun. Namun, akhirnya destinasi yang dicari ditemui juga. Hilang penat rasanya apabila melihat papan tanda ITNMB terpampang besar dijalan raya. Apa yang seronoknya anak-anak ikut sekali memerhati papan tanda berkenaan, malah mengenalpasti nama jalannya sekali.

Sebaik tiba dilokasi, kami mengambil hidangan makan tengahari di restoran berhampiran dan kemudian meneruskan kunjungan ke Galeri Buku ITNMB. Rambang mata dibuatnya melihat rak-rak buku yang dipenuhi buku-buku yang cukup menarik. Terasa hendak membeli kesemuanya. Sememangnya saya selalu membuat tempahan secara online buku-buku terbitan ITNMB, namun kesempatan berada disini harus dimanfaatkan sebaiknya untuk mengembara bersama anak-anak ke gedung yang selalu saya kunjungi secara online. Paling menyeronokkan apabila buku yang dihajati dari kejauhan ada dalam rak jualan. 11 naskah buku yang dibeli antaranya adalah buku-buku Siri Pengurusan Pendidikan tulisan John West-Burnham dan Buka Minda Anda tulisan Dennis Sherwood. Paling seronok lagi pembelian diberi diskaun 30%. Haha...berbaloi-baloi rasanya berkunjung ke sini.








Posted using BlogPress from my iPad

Monday, November 28, 2011

Lensa 18-55mm...















Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, November 27, 2011

Bola, Apek & Malaysia...












Posted using BlogPress from my iPad

Lensa 18-55mm...



Posted using BlogPress from my iPad

Historical Trail..

Menelusuri laluan berliku,
Mendaki puncak Fraser's Hill,
Menjejaki kegigihan sang penjajah,
Menjarah bumi kaya,
Memborong pulang hasil mahsul,
......tinggal anak merdeka,
Mencari tapak mula....
Bagaimana bangun dari manipulasi,
Agar jiwa lebih bermaruah.





Posted using BlogPress from my iPad

Salam Maal Hijrah.....






Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, November 26, 2011

Lama, klasik & Manfaat...

Seawal jam 8.00 pagi, saya meronda-ronda sekitar Pekan Kuala Kubu Bharu bersama anak saya, Ilyana. Anak saya tertarik pada satu bangunan yang mempamer tahun 1930, tahun pembinaan bangunan itu, agaknya!. Pertanyaan anak saya itu mengundang rasa ingin tahu tentang sejarah bangunan ini. Lebih mengujakan lagi, Bukit Fraser yang terletak berhampiran lokasi ini diingati anak saya sebagai lokasi pembunuhan residen Inggeris semasa era darurat suatu ketika dahulu. Namun bukan itu yang ingin saya coretkan.
Lama & klasik.
Sememangnya tahun 1930 sudah cukup lama. “Lama” mengusung banyak medan makna. Ada sudut pandang yang mensinonimkan lama dengan usia. Semakinlah sesuatu itu lama atau berusia, maka semakinlah ia terpinggir atau setidak-tidaknya kurang diendahkan orang. Agaknya mungkin kerana rupa sudah tiada atau fesyen ketinggalan zaman atau entah apa lagi sebab dan alasannya.
Dari sudut pandang seseorang yang sedang menunggu, ’lama’ juga membawa konotasi yang kurang baik. Semakinlah lama seseorang menunggu, semakinlah membuak-buak rasa marah orang tersebut. Lebih parah lagi, kerana ’lama’, rasa kepercayaan mula terhakis sedikit demi sedikit, andai benar-benar begitu.
Namun, lain halnya dengan sudut pandang orang yang meminati barangan klasik. Semakinlah lama sesuatu barang itu, maka semakinlah benda itu ’bernilai’ tinggi. Lebih ’lama’, lebih mahal?. Sehingga begitu sekali.
Manfaat.
Agaknya, dalam variasi sudut pandang yang pelbagai itu, suatu yang benar pada semua sudut pandang adalah sejauh mana ’lama’ itu benar-benar memberi ’manfaat’. Andai sudut pandang kita adalah negatif, maka manfaat mungkin kurang kita ambilkira, lantas 'lama’ itu tiada maknanya. Sebaliknya, andai sudut positif yang kita gunakan untuk ’memaknakan’ medan maksud ’lama’, maka ’lama’ itu juga sangat banyak manfaatnya. Tanpa terhad kepada membicarakan manusia atau aspek kehidupan sekalipun, jelas manfaat yang akan menjadikan “lama dan klasik” itu ada faedahnya. Agaknya begitu lama dan klasik dibicarakan. Benarnya....anda tentukan sendiri.





Posted using BlogPress from my iPad

Journey to the West..

Istirehat seketika seusai perjalanan panjang sedari kelmarin. Sememangnya perjalanan kali ini khusus untuk 'meluaskan pandangan' dan menjelajah laman orang. Gee gee adalah yang paling teruja sepanjang perjalanan ini. Riang terzahir kerana dialah antara yang paling awal bersiap setiap kali rencana perjalanan dibicarakan. Gee gee jugalah yang asyik mengemukakan soalan wajib, "Kemana kita hari ini, Ayah?". Sekadar catatan perjalanan, kelmarin perjalanan bermula dengan berkunjung ke rumah adik di Tanjung Malim, Perak. Perjalanan banyak dipermudahkan dengan bantuan navigasi Papago yang memberi tunjuk arah yang baik. Perjalanan kali pertama memandu sendiri terasa jauh, walaupun jarak perjalanan sebenarnya cuma 20 minit perjalanan dari sini. Perjalanan santai disulami perhentian di sana sini. Paling mengesankan adalah perhentian di gerai durian tepi jalan. Anak-anak tidak melepaskan peluang menjamah durian yang sudah lama diidam-idamkan. Hahaha....catatan bersambung lagi nanti......








Posted using BlogPress from my iPad

GPS, Navigasi & Pandangan.....

Di tengah siram hujan petang,
Deruman kereta bertali arus,
Budaya keakuan yang bermaharajalela,
Tanpa kenal bertimbang rasa atau
Bersedia orang lain bersukanya......
Terasa kesibukan bukan pilihan bijaksana...





Posted using BlogPress from my iPad

Friday, November 25, 2011

AK5155, Hot seat 12C dan Web check-in....

Payahnya cakap serupa bikin,
Bila diiklan lain, yang dibuat lain,
Bila didaftar lain, yang diberi lain,
Bila dibayar lain, yang diperolehi lain
Benar sukar....


Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 23, 2011

Gerhana Bulan Penuh....lagi



Maklumat penuh kejadian gerhana bulan penuh, sila kunjungi laman Falak online.