Tuesday, August 2, 2011

Aku, kau dan dia....

"Tidak mungkin kita boleh memaksa orang lain untuk mengikut dan mematuhi kehendak kita seorang". Demikian sebaliknya, "sukar untuk kita mengikut kehendak dan kemahuan orang lain.....apatah lagi jika kemahuan dan kehendak itu bertentangan dengan apa yang kita dukung dan yakini". Dan, sebab itu jugalah kelihatannya perubahan yang cuba dibawa dan dijelmakan dalam komuniti dan organisasi, cenderung gagal dan tidak berjaya kerana hambatan faktor


Saya merasakan keperluan untuk kita berlapang dada dan bersedia menerima dan meraikan perbezaan pendapat dengan orang lain. Malah kesanggupan berlapang dada itu sendiri mestilah sampai ke tahap 'masih bersedia mendengar dan menerima walau perbezaan pendapat itu benar-benar kontradik dengan apa yang kita dukung.

Tugas kita yang mungkin ialah menyatakan pendapat dan pendirian dan menjelaskan alasan pemilihan pendirian itu. Harapannya tentu sahaja melalui penerangan yang lengkap, berasas fakta dan contoh yang jelas, sedikit sebanyak membantu memberikan kefahaman kepada orang lain. Seseorang mungkin mudah menerima sesuatu perkara atau gagasan andai menerima kefahaman terlebih dahulu. Maknanya fahamkan dulu barulah boleh meyakinkan. Mustahil yakin jika isunya tidak difahami. Begitupun, kita tiada kuasa untuk memaksakan kefahaman kita kepada orang lain.

Hal ini demikian sifatnya, kerana asas yang jelas. Rasanya, hampir dalam pelbagai perkara itulah fitrah yang berlaku dalam konteks hubungan manusia. Agaknya benar begitu pada saya dan tidak semestinya benar pada orang lain.

( Catatan semalam.......kredit foto : Lano Lan )

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Seri Ilham, Kg. Kabogan, Semporna

No comments: