Musim juraian meteor Leonids sudah kembali. Pada jam 5.43 pagi 18 Nov 2009, dijangkakan kadar kemunculan juraian meteor boleh mencecah sehingga 500 meteor sejam! Tahun ini juga tarikhnya jatuh pada awal bulan Hijrah. Ini bermaksud Bulan tidak akan berada di langit ketika Leonids memuncak pada waktu tersebut.
Maklumat daripada laman web NASA, berdasarkan laporan tahun lepas menunjukkan kajian yang mereka lakukan mendapati meteor Leonids tahun ini boleh mencapai taraf separa-ribut (half-storm). Sesebuah juraian meteor layak digelar sebagai ribut meteor jika kadar meteor yang dapat dilihat mencecah 1000 meteor sejam.
Bagaimana saintis dapat mengagak jumlah meteor tersebut? Jika dilihat sejarah meteor Leonids ini, ia terhasil daripada debu-debu peninggalan Komet 55P/tempel-Tuttle ketika ia melalui kawasan orbit Bumi sekitar tahun 1466. Jaluran debu peninggalan tahun 1466 inilah yang dirempuh Bumi pada musim meteor Leonids tahun 2008, yang mana ia mencecah sehingga 100 meteor sejam. Jeremie Vaubaillon dari Caltech membuat kiraan berdasarkan modelnya, dan mendapati pada tahun ini (2009), Bumi akan sekali lagi memasuki kawasan jaluran 1466 ini dan kali ini menghampiri ke kawasan yang lebih banyak debunya. Ini akan menghasilkan jumlah meteor yang lebih banyak berbanding 2008.
Bill Cooke dari NASA turut bersetuju dengan model Jeremie dan menyatakan meteor Leonids akan memuncak di antara jam 5.34am hingga 5.44am (Waktu Malaysia).
(Foto diambil dari kamera all-sky ketika musim Leonids 2008. Kredit: Chris Peterson, Cloudbait Observatory)

Sumber : Falak-Online.com.
No comments:
Post a Comment