Sunday, November 13, 2011

SPSS, Analyze and Transform.....

Hari ini menjalani kehidupan sebagaimana biasa. Hari ini berSPSS, Analyze and Transform!. Pertama, bukan merosakkan bahasa, saya gunakan bahasa statistik untuk menganalogikan kehidupan kita. Saya terfikir proses mendapatkan data dan statistik, seiras proses kita menjalani kehidupan seharian kita.


Setiap aktiviti yang kita lakukan adalah seumpama SPSS, tindakan yang kita lakukan terhadap aktiviti yang kita lalui kelihatannya seperti memasukkan data dalam SPSS. Tentu sahaja setiap tindakan yang kita lakukan membawa implikasi terhadap aspek lain dalam kehidupan kita. Sewajarnya juga kita melakukan refleksi terhadap setiap tindakan dan aktiviti yang kita lakukan. Tindakan kita selanjutnya nanti memilih opsyen yang terhidang sama ada memilih opsyen yang baik atau buruk.

Masukan data dalam SPSS, kemudian analisa dan transformasikan data dan nombor kepada maklumat yang membolehkan kita bertindak dan melakukan sesuatu! Agaknya begitulah sepatutnya......

Fikirlah sendiri!

Posted using BlogPress from my iPad

Location:R & R, Balung, Tawau

Saturday, November 12, 2011

Info dari SGO!



Maklumat lanjut dan penerangan yang jelas, kunjungi laman ini.

Friday, November 11, 2011

11.11.11....

Apa yang istimewa? 11.11.11?

















Posted using BlogPress from my iPad

Location:Seri Ilham, Semporna

Thursday, November 10, 2011

Khabar Pulang...

Baru tadi...
Khabar menerjah gegendang telinga
Lewat perantara canggih....
.....hello, hello.....
Khabarnya seorang teman
Bertemu jalan pulang...

Meski semalam....
Masih senyum, ketawa, ceria, gembira...
Mungkin sedih, sugul, gundah gulana
Atau apa sahaja...
Walau masih jauh perjalanan
Walau belum sudah persiapan
Namun.....panggilan itu
......tidak beringat, tidak bertanda
tidak berasa, jauh sekali tertunda

Khabarnya......
Bertemu jalan pulang...
Teman selamat jalan
Al-Fatihah......

Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tagasan, Semporna

Iktiraf dan Kokum....

Pagi ini hajat bertaut....
Orang besar disambut orang besar.....
......bila PPD bertemu Pengetua
Menjemput, bersalam, saling bertanya
dan....sesekali usik mengusik.....
Hajatnya beriktiraf dan berkokum

Pagi ini hajat bertaut....
Orang di rumah dan orang di sekolah
......bila ibu ayah bertemu guru-guru
Senyum lebar, bersalam, bersapa
dan.....sesekali memaklum tahniah...
Hajatnya beriktiraf dan berkokum

Pagi ini hajat bertaut....
Orang mengajar dan orang diajar
.....bila guru bertemu murid
Menasihat, menegur, bertahniah, bersyukur
dan.....sesekali mengingatkan....
Tahniah! Teruskan usaha
Hajatnya beriktiraf dan berkokum


Pagi ini hajat bertaut....
Orang berjaya dan orang juara
.....bila murid berjaya, juara dan johan segala
Beratur, bergilir, dinobat, dijulang
dan.....sesekali saling bertahniah
Aku juara, kau juara dan kita semua juara
Hajatnya beriktiraf dan berkokum

Pagi ini hajat bertaut....
Orang bertemu orang lain
.......bila semua warga sekolah dan masyarakat
Berhimpun, berkumpul, bermajlis
dan.....sesekali saling berefleksi, bermotivasi
Kerja ini memanusiakan manusia
Sekolah merai masyarakat, dan
Masyarakat merai sekolah......
Hajatnya beriktiraf dan berkokum

Pagi ini hajat bertaut....
....saling memenuhi....saling dipenuhi
Beriktiraf dan Berkokum

Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tagasan, Semporna

Dua cerita....


Agaknya.....
Betulkah tidak gambar ni? atau.....kalau gambar ni betul, mungkin patung atau sebagainya? atau.....kalau pun tak betul teknik dan manipulasi komputer? atau......macam-macam lagi.

Terserah anda mentafsirkannya. Apa yang pasti segalanya dilihat cuma dari sudut mata, positif dan negatifnya. Fikir baiknya atau fikir buruknya. Pasti cuma dua cerita!

Posted using BlogPress from my iPad

Location:Seri Ilham, Semporna

Wednesday, November 9, 2011

Daftar, Yuran dan Wang...

Di satu sisi.....
Sekelompok manusia bercakap, menulis
Menguruskan sekelompok manusia.....
.........daftar untuk sah, belajar tak haram
Isi borang, ambil nombor dan semak menyemak
Semua demi generasi baru......
Agar manusia jadilah manusia!

Di satu sisi lagi.....
Sekelompok manusia bersyarah
......mencerahkan faham yuran yang membimbangkan
Manusia atas dilindung bayang
Manusia bawah memayung.....
Generasi lama memahamkan generasi Wawasan 2020
Budaya percuma dan masyarakat subsidi
.......

Di satu sisi lain lagi.....
Satu dua manusia melahirkan.....
Riak wajah bimbang, sugul, ragu
Takutnya pada......
.........berapa banyak, murah ke mahal ke?
Mampukah?
Kalaulah...tiada.....

Di semua sisi.....
Hasratnya satu......
Menyempurnakan manusia-manusia sempurna!
...........
Syaratnya cuma daftar, yuran dan wang!

Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tagasan, Semporna

Tuesday, November 8, 2011

Penat yang memenatkan!

Beberapa ketika yang lalu, berkesempatan untuk berkongsi sudut pandang dengan anak-anak pelajar Tingkatan 6 yang bakal menduduki peperiksaan STPM hujung bulan ini. Kesempatan berdiskusi dengan mereka sesuatu yang sukar untuk dilepaskan. Namun, beban tugasan yang dipikulkan amat mencabar. Mana tidaknya dengan tajuk 'Martabat dan Halatuju insan'!. Wow!.

Namun saya gagahkan diri 'mengupas' dari sudut pandang dan kecetekan ilmu saya. Sekurang-kurangnya berkongsi perspektif menanggapi sesuatu!, fikir saya demikian. Selemah-lemahnya memiliki kefahaman 'penat' dari sudut positif dan membina. Penat adalah sebahagian rutin manusia, yang kadangkala ada pasang surutnya. Saya menganjurkan anak-anak pelajar ini 'mengubah' tanggapan terhadap medan makna 'penat'. Apa yang jelas, penat itu sama statusnya seperti tidur, mandi, berjalan dan sebagainya dalam senarai rutin manusia.

Lantas, mengapa harus merungut dengan rasa penat. Malah lantaran rasa penat, kita cenderung mengorbankan perkara lain untuk memulihkan diri dari kepenatan itu. Jelasnya, rasa penat itu sewajarnya menjadikan kita lebih bertenaga dan bukan sebaliknya!. Dengan bahasa mudah, semakinlah kita berasa sukar menghadapi peperiksaan, semakin bertenagalah kita menghadapinya!, mengatasinya!. Demikian mesej dilontarkan!. Doanya bersambut dan difahami!





Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tagasan, Semporna

Pagi lagi....

Pagi lagi......
Sudah berdepan halangan
Sempurnakan sesuatu....

Pagi lagi.....
Cuba untuk kembali
Membaiki sesuatu....

Pagi lagi....

Posted using BlogPress from my iPad

Location:Seri Ilham, Semporna

Sunday, November 6, 2011

Aidil Adha....


Posted using BlogPress from my iPad

Location:Seri Ilham, Semporna

Sunday, October 2, 2011

Kreativiti dan Inovasi

Pemikiran yang membicarakan isu kreativiti dan inovasi.

Anjakan Paradigma - Thomas Kuhn
Kejutan masa depan - A.Toffler
Pemikiran Strategik - K. Ohmae
Pemikiran Lateral dan menegak (vertical) - Edward de Bono
Pemikiran Kreatif - M. Borden
Pemikiran Positif - V. Peale
Pemikiran Gila-gila -
Pemikiran masa kini - Taha Jabir Al-Awani

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Jalan Tunku Abdul Rahman,Kota Kinabalu,Malaysia

Saturday, September 3, 2011