Tuesday, June 30, 2009

Sebesar zarah cuma......

Sebagai Renungan:Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70.
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Sumber : Laman Alaf21 ( renungan )
( Klik pada disini atau gambar untuk laman pautan berkaitan matahari )

Monday, June 29, 2009

Solar Observing.....

Anda yang berminat ( amateur astronomer ) untuk 'menjelajah' matahari harus memiliki buku ini. Benar seperti kata penulis buku, pada pendahuluan buku setebal 201 ini, kebanyakan kita beranggapan untuk menjelajah matahari dan sekelilingnya memerlukan peralatan yang canggih dan tentunya dengan kos yang tinggi.
Chris Kitchin dalam buku Solar Observing Techniques ini mengupas dengan jelas tentang apa sebenarnya yang kita boleh jelajah dalam memerhatikan matahari. Chris Kitchin bukan sahaja memberikan harapan kepada astronomi amatur tentang apa yang boleh kita cerap daripada pemerhatian terhadap matahari, malah juga tentang peralatan yang sesuai dengan bajet yang minima.
Paling penting lagi penjagaan dan beberapa pesanan penulis tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh seorang astronomi amatur semasa melakukan pencerapan matahari. Buku yang sangat informatif ini boleh diperolehi di Amazon.com dan kedai-kedai buku terkenal. Jom....membaca!










Sunday, June 28, 2009

Nikmat Kehilangan..

Hari ini genap sebulan pemergian Ayah tercinta. Kehilangan besar itu masih terasa sungguhpun sudah sebulan Ayah meninggalkan kami. Ibu dan adik Karim sungguh terkesan dengan dugaan yang menimpa ini. Saya amat yakin.... segalanya ketentuan Ilahi dan tentunya sarat dengan hikmah dan pengajaran !. Hanya Allah s.w.t. yang tahu segala ketentuan ini, dan kita manusia hanya mampu akur dan redha dengan segala perjalanan hidup ini.
Secara peribadi, saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang sering mampir di blog saya ini, walau atas apa alasan sekalipun. Saya cuba menggagahkan diri untuk mencoret satu dua perkara sepanjang sebulan yang lalu, tetapi tahap kecairan minda untuk mencurahkan sesuatu amat sukar dicari. Hatta dengan hanya memasukkan gambar sekalipun terasa amat berat sekali. Saya mengakui kelemahan ini dan......tak tahu nak berkata apa lagi!

Sungguh sukar bagi saya membariskan segala mesej dan pengajaran yang saya dan keluarga perolehi sepanjang sebulan terakhir ini. Apa yang saya pasti sangat, keperluan untuk kita hidup bermasyarakat, sentiasa menghargai nikmat berkawan dan bersahabat, sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan amal kebaikan adalah antara elemen hidup yang mesti kita sentiasa laksanakan sebaiknya. Percayalah, pada akhir kehidupan kita, hanya segala amal kebaikan jua yang kita bawa bersama. Saya teringat perbualan dengan sahabat saya, Saudara Muariffin, suatu ketika yang lalu.... "segalanya ini urusan dunia sahaja". Hari ini saya menikmati penuh lazat makna kata-kata itu.

Lewat catatan ini, saya hanya menzahirkan iltizam untuk kembali mendepani segala apa sahaja!. Kembali menguliti realiti kehidupan sebagai seorang manusia, disamping sentiasa mengharapkan petunjuk dan redha dari Yang Maha Esa......menyusuri hari-hari mendatang. Insya-Allah, ........ hanya iringan doa, Moga Allah s.w.t. menempatkan ayah bersama orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Al-fatehah buat ayah tercinta!.