Demikian lamanya.... blog ini menahan nafas, tercungap-cungap untuk cuba menghirup udara segar, namun kepayahan yang bermaharajalela erat mendakap kemas setiap ruang yang terhidang. Segenap itu usaha dibuat merungkai dakapan yang sudah mula menggila, segenap itu juga setiap rongga seakan sukar untuk memberi ehsan. Aduh......lewat dakapan gila ini, tanpa sedar 'mereka' sudah pergi jauh meninggalkan blog ini terbiar bergelumang bingkas meloloskan diri.......
Apa yang pasti, Zuhal pun sudah letih melambai, sang Sunspot pun sudah semakin melebar.......hampir tiada ruang masa untuk menunggu sesiapa, namun mereka tetap terus 'maju'! Betapa perjalanan jauh ini, hampir tiada ruang untuk sesiapa 'bertapa' di gua kelam bersendirian. Meski bertatih, langkah harus dimula, diatur dan digagahi....... Betapa pun ia sukar, kesukaran itu juga adalah cara bertapa!. Walau tidak pasti pertapaan sudah sempurna atau belum........gua kelam itu harus ditinggalkan serta merta sebelum sang garuda memamah segala-galanya !
Zuhal....tungguuuu, Sunspot.....nanti duluuuu...... Cari mereka ini di laman sesawang ini! Kredit dan terima kasih......ShahGazer kerana mengejutkan dari lena!