Monday, September 28, 2009

Sempornaku Sempurna 13...






















In the shadow of the moon....

Semalam saya menonton saluran Discovery Networks, dokumentari lebih sejam itu cukup menari perhatian saya. Rencana pendek ini berkisar pada cerita usaha, cabaran dan kegigihan manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan, Neil Armastrong, Buzz Aldrin dan Micheal Collins dan beberapa lagi rakan mereka. Rencana ini sebenarnya mengimbas peristiwa yang berlaku di awal tahun 60-an, pada ketika saya sendiri belum lagi lahir ke dunia. Cukup mengujakan.

Semalam saya menghabiskan pembacaan 3 buku Siri Penerokaan Angkasa Lepas terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia ( ITNM ). Menarik pengetahuan yang terhidang dalam ketiga-tiga buku berkenaan berkaitan Angkasa Lepas, Sistem Suria dan Bintang dan Planet. Buku-buku ini ditulis oleh penulis-penulis yang memang berpengalaman dalam bidang mereka, termasuk bekas angkasawan wanita Amerika pertama. Ulasan ketiga-tiga buku berkenaan akan saya berikan dalam 'entry' saya yang akan datang!.

Cuma.....sekadar perbandingan, betapa jauhnya kita ketinggalan dalam hal ini. Saya mungkin bercakap atas kapasiti saya, yang semenangnya jauh ketinggalan. Namun, amat terasa jurang yang wujud di antara kita dengan mereka dalam hal ini. Sebab itulah rasanya, bagi saya.....kita harus berusaha lebih untuk meratakan pengetahuan dan ilmu ini, tentunya dengan niat....agar ada anak-anak kita yang berminat dan bangkit untuk 'menguasai' ilmu dan kemahiran ini. Ayuh....never give-up!.

Monday, September 21, 2009

Salam Lebaran Dari Kejauhan !

Kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya;

Biar renggang di fana dunia, biar hina di mata manusia, biar semangat semakin tua, biar harta semakin tiada, biar akal semakin berusia, biar jauh kedudukan kita, biar jurang pangkat kita….jangan tergadai silaturrahim antara kita…..Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin !

Semporna, Sabah.

Thursday, September 10, 2009

Misteri....



Misteri alam yang terbongkar....
Lena dari sedar......!

Wednesday, September 9, 2009

Masalah XXXXX..entah apa !

Entah....apa yang berlaku, blog saya tak dapat diupdate seperti biasa. Sedang berusaha mengatasi masalah..... Maaf kepada pengunjung blog ini...

Wednesday, September 2, 2009

Tuesday, September 1, 2009