Thursday, April 28, 2011

Pesta Planetari.....


Saya teruja melihat paparan iklan dalam entri terbaru Falak Online. Jangan panik, ianya cuma hebahan 'pesta planetari' yang akan berlaku sepanjang bulan Mei akan datang. Antaranya, saya petik.....

Tapi iklan atau tidak, ia merupakan 'amaran' awal kepada fenomena menarik yang bakal berlaku sepanjang bulan Mei 2011 ini nanti. Ia saya ulangi,SEPANJANG bulan Mei, bukan satu dua hari sahaja!

Kali ini, kita akan disajikan dengan himpunan planet-planet utama (kecuali Zuhal) di dalam kawasan langit yang sama pada awal pagi sepanjang bulan Mei ini. Himpunan planetari kali ini akan melibatkan planet Zuhrah, Utarid, Musytari dan Marikh. Dalam pada itu, Bulan pun akan turut sertai bersama-sama geng planet ini.

Kebetulan juga, sekarang ini saya sedang berdiskusi dengan anak murid dalam bab Pergerakan Bumi dalam Sistem Suria, Geografi Tingkatan 1. Bertambah seronok rasanya berbicara tentang planetari dengan radas yang akan muncul dipermukaan langit timur menjelang mei ini nanti. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Falak Online disini. Kredit untuk En. Shah & FO atas maklumat ini. Jom...meriahkan Pesta ini!

Wednesday, April 13, 2011

Gelora Mentari......

Gambar terkini aktiviti matahari, yang diambil En. Kamarulzaman, LNO. Maklumat lanjut berkunjung ke sini atau laman Falak Online

Sunday, April 10, 2011

Beautiful Planet...



Source :http://youtu.be/lwwioJhQzeg

Astronomy Event Today!


Enjoy the event....that will be happen this afternoon.

Unless the weather is not help us, we will see saturn on the east horizon while the sun will disappear on the opposite horizon, it's 6.00 pm today!

Enjoy it!

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Tawau,Malaysia

Saturday, April 9, 2011

Merencana Hari Esok......

Pagi hari ini sekali lagi saya berkesempatan berkongsi sudut dengan anak-anak murid dari SMK. Abdullah 2. Program Kepimpinan Pelajar yang melibatkan para pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber dan ketua-ketua kelas dianjurkan di Kg. Pokas, Semporna.

Berlatarbelakangkan siraman hujan yang berkesinambungan sejak dari semalam, sedapat mungkin saya berusaha menghampirkan objektif sesi saya dengan anak-anak pelajar, sesuai dengan kondisi mereka yang terpaksa bergelut dengan keselesaan dan keletihan penangan hujan dan aktiviti yang padat.

Merencana hari esok adalah antara fokus yang saya berikan penegasan. Sebagaimana biasa, acapkali fungsi kepimpinan pelajar ditafsirkan dalam ruang lingkup yang agak sempit dan terhad kepada makna berorganisasi. Medan makna kepimpinan pelajar pada hemat saya adalah melampaui batasan berorganisasi semata-mata. Kepimpinan pelajar dalam konteks berorganisasi ini hanyalah sebahagian diantaranya. Kewujudan badan pengawas, pusat sumber dan institusi ketua kelas hanyalah sebagai platform untuk menzahirkan keupayaan mengelola dan mengorganisasi.
Tentu sahaja hasratnya untuk membolehkan pelajar berfungsi dalam organisasi, mengurus hubungan antara sesama rakan, dengan guru dan dengan diri sendiri. Tetapi yang jauh lebih penting adalah mengintegrasikan ilmu kepimpinan itu dengan diri sendiri. Bagaimana mungkin, ilmu kepimpinan itu berupaya memimpin dirinya memenuhi agenda besar menjayakan objektif peribadi.

Mengurus tugasnya sebagai pengawas tanpa menjejaskan rutin pelajarannya. Cabaran bahawa tugas kepimpinan pelajar bukan lesen untuk beralasan mencapai prestasi rendah dalam pelajaran sewajarnya ditimbang secara serius.

Berpaksikan positifisme, kesibukan tugas kepimpinan pelajar sewajarnya meningkatkan keupayaan individu pelajar yang terlibat untuk melangsaikan tugasan tanpa sekali-kali mengorbankan peluang pencapaian akademik yang menjadi kiblat perjalanan menjayakan kehidupan masa depan. Saya tegaskan kepada anak-anak ini, betapa orang lain sudah beranjak jauh mendepani cabaran masa depan, kurang bijaksana untuk kita terus terperosok menekuni perkara asas yang sepatutnya bukan lagi masalah. Begitu hasratnya, harap begitu juga pelaksanaannya.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Semporna,Malaysia

Saturn with telescope hubble 2..



Source & further info, visit here.

Friday, April 8, 2011

Fireball.....

Vodcast ini dipetik dari laman NASA.



Maklumat lanjut, kunjungi laman Nasa, disini.

Thursday, April 7, 2011

How to buy Telescope...

Jom Mencerap......

Apa nak buat......teringin sangat menyertai komuniti astronomi. Bila ada program begini.....kita yang berada jauh ni terpaksa melopong sahaja. Kalaulah saya berada disana.....alangkah seronoknya. Apapun kepada yang teringin dan berkesempatan menyertai program berkenaan, rasanya berbaloi sangat menyertainya. Haa...........Maklumat lanjut mengenai program tersebut, klik disini !

Thursday, March 31, 2011

Zuhal Istiqbal....

Vodcast ini adalah dipetik dari laman Falak Online.



Maklumat lanjut mengenai Alam Astronomi dalam Bahasa Melayu, sila kunjungi Laman Falak Online, disini

Tuesday, March 8, 2011

Planet Zuhal & Pocket Universe....




Pada ketika ini, semalam saya berkesempatan menguji salah satu perisian yang terdapat dalam iPad saya, Pocket Universe, perisian yang berkaitan dengan hobi astronomi. Ciri 'realtime' yang terdapat dalam Pocket Universe ini rasanya menjadikan ia sebuah perisian yang sangat relevan, terutama astronomer Amatur seperti saya.

Semalam, tanpa berlengah, saya menguji ketepatan informasi yang ditawarkan Pocket Universe, dan ternyata.....ia adalah perisian yang sangat berbaloi menggunakannya. Sungguhpun dari sudut grafik gambarnya kelihatan agak 'kurang', namun tawaran navigasi yang mesra pengguna kelihatan sukar untuk dinafikan. Apatah lagi perisian ini dipadankan dengan kehebatan iPad yang 'sukar untuk dilepaskan'!.

Namun pengalaman melihat dengan mata kepala sendiri, planet Zuhal sukar untuk digambarkan. Saya berkongsi keterujaan ini dengan anak-anak dan ahli keluarga lainnya. Petang semalam cukup ceria dengan hiruk pikuk anak-anak kecil yang tumpang sekaki, sungguhpun mereka masih terlalu kecil untuk menikmati planet Zuhal, telescope, iPad dan Pocket Universe. Saya yakin suatu hari nanti, mereka juga akan teruja untuk mengetahuinya. Harapnya begitu..........
- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tagasan,Semporna,Malaysia

Tuesday, March 1, 2011

How to Be an Engaging Teacher...

The single most important element of a successful classroom is a teacher who designs assignments that keep the students engaged in learning. It helps if these assignments are also fun to complete.

Disciplines issues including acting out, tardiness to class, and even failing students can be minimized and maybe even eliminated if you, the teacher, think innovatively and make a focused effort to keep your students actively engaged in the subject matter and the learning process. Oh yea, it will make you an even happier and more productive teacher as well.

But how? How in this world of standards, standardized testing, exit exams and formative common assessments is there any time to spend on being creative when designing assignments for students? Let's read it more in this site....Enjoy it!