Showing posts with label Astronomi. Show all posts
Showing posts with label Astronomi. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Gerhana lagi......

Fenomena gerhana matahari penuh 'bertandang' lagi. Kini, bumi Kangaroo akan menjadi saksi kebesaran Ilahi mengurus dan mentadbir alam ini.... Sumbangan anda adalah dialu-alukan untuk membolehkan fenomena ini dapat kita saksikan, meskipun tidak berkesempatan untuk berkunjung ke sana. Bagaimana?, kunjungi Falak Online untuk keterangan lanjut.

Sumber : Falak Online

Tuesday, July 24, 2012

Bertapa @ betapa....

Demikian lamanya.... blog ini menahan nafas, tercungap-cungap untuk cuba menghirup udara segar, namun kepayahan yang bermaharajalela erat mendakap kemas setiap ruang yang terhidang. Segenap itu usaha dibuat merungkai dakapan yang sudah mula menggila, segenap itu juga setiap rongga seakan sukar untuk memberi ehsan.  Aduh......lewat dakapan gila ini, tanpa sedar 'mereka' sudah pergi jauh meninggalkan blog ini terbiar bergelumang bingkas meloloskan diri.......

Apa yang pasti, Zuhal pun sudah letih melambai, sang Sunspot pun sudah semakin melebar.......hampir tiada ruang masa untuk menunggu sesiapa, namun mereka tetap terus 'maju'! Betapa perjalanan jauh ini, hampir tiada ruang untuk sesiapa 'bertapa' di gua kelam bersendirian. Meski bertatih, langkah harus dimula, diatur dan digagahi....... Betapa pun ia sukar, kesukaran itu juga adalah cara bertapa!.  Walau tidak pasti pertapaan sudah sempurna atau belum........gua kelam itu harus ditinggalkan serta merta sebelum sang garuda memamah segala-galanya !

Zuhal....tungguuuu, Sunspot.....nanti duluuuu...... Cari mereka ini di laman sesawang ini! Kredit dan terima kasih......ShahGazer kerana mengejutkan dari lena!



Saturday, March 31, 2012

Friday, March 30, 2012

Tuesday, March 20, 2012

Ekuinoks?

Ingin tahu apa yang dikenali sebagai Ekuinoks? Kunjungi laman Falak Online disini.

Kredit Sumber & Foto : Falak Online

Sunday, March 18, 2012

Venus and Jupiter..

........Pictured above, a creative photographer traveled away from the town lights of Szubin, Poland to image a near closest approach of the two planets almost a week ago. Thebright planets were separated only by three degrees and his daughter striking a humorous pose. ........

Source and Credit Photo to Marek Nikoden at APOD.

Zuhrah & Musytari...



Cuaca yang elok hari ini menjanjikan peluang mencerap khazanah angkasa raya. Sempat juga memerhatikan planet Zuhrah dan Musytari, meskipun 14 Mac yang lalu adalah waktu puncak kedudukan dua planet ini, apakan daya......cuaca tidak berapa mengizinkan...... Sungguhpun begitu, gambar menggunakan kamera iPhone.....bolehlah....,!

Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 1, 2012

Istiqbal Planet Marikh.....

Maklumat lanjut mengenai Istigbal Planet Marikh, kunjungi laman Falakonline disini. Source & Credit : Falakonline.

Friday, February 24, 2012

Marikh.....

Anda mungkin berpeluang melihat planet Marikh pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi pada awal Mac 2012 ini. Tentunya, cukup mengujakan dapat melihat dengan mata kepala sendiri beberapa lokasi seperti yang dapat dilihat dalam gambar. Peluang yang jarang-jarang berlaku ini selayaknya dimanfaatkan untuk kebaikan dan pengetahuan manusia.  Maklumat lanjut tentang fenomena ini, sila-silalah berkunjung ke Laman Falak Online.

Sumber & Kredit : Laman Falak Online.

Saturday, February 11, 2012

Zuhal, Musytari & Bumi

Kini dan ketika ini....












Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Kg. Bubul, Semporna

Tuesday, February 7, 2012

Ganymade, Io, Europa & Calisto

Langit sepanjang minggu ini, tentu tidak sunyi dari pemandangan indah angkasaraya. Menurut Falak Online, ada beberapa fenomena menarik dalam satu dua hari mendatang. Antaranya adalah kemunculan bulan-bulan planet Mustari dalam posisi yang boleh dilihat saling berdekatan.  Maklumat lanjut dan keterangan terperinci, kunjungi Laman Falak Online disini.



Sumber & Kredit Foto : Falak Online.

Wednesday, February 1, 2012

Asteroid 433 Eros

Maklumat lanjut tentang asteroid ini, kunjungi Laman Falak online. Source & Credit : Falak Online.

Different View...

Agaknya...beginilah kita melihat sesuatu, dari sudut pandangan berbeza!

Saturday, December 31, 2011

mySKY from SGO!

Para pengembara angkasaraya tentunya gembira dengan kehadiran sebuah laman khusus yang memaparkan kalendar astronomi yang berciri 'tempatan'. Memetik maklumat Laman Falak Online & SGO, .......memperkenalkan mySKY, sebuah almanak fenomena astronomi, yang dibangunkan dengan niat untuk dijadikan sebagai sebuah rujukan utama untuk peminat-peminat astronomi tempatan dan nusantara.  


Sememangnya kehadiran mySKY amat tepat pada masanya. Kandungannya yang bukan sahaja berbahasa Melayu, mudah dan ringkas, malah mengambil kiraan almanak di angkasaraya Malaysia menjadikannya sumber rujukan untuk pengembara angkasaraya di bumi Malaysia ini.  Kredit dan tabik spring untuk En. Shah atas inisiatif murni ini. Kunjungi mySKY untuk maklumat lanjut.  Bersama memanfaatkan mySKY ini untuk menyuburkan minat dan pengetahuan angkasaraya......