Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Berfikir Secara Sistemik

Pola kehidupan di dunia kini menjurus ke arah pola sistemik berbanding hanya berpuas hati dengan penilaian sistematik. Fitrah manusia suka melihat sesuatu dengan menyeluruh, holistik atau sistemik. Ia nampak mudah pada objek dan perkara kecil, namun ia memerlukan disiplin bagi sesuatu yang besar dan melibatkan satu jangka masa panjang.

Buku ini menerangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan potensi berfikir untuk berjaya serta mampu untuk mengelakkan pelbagai kesilapan dalam memahami persekitaran sama ada di rumah, di tempat kerja atau kehidupan seharian. Anda mungkin pernah mengalami peristiwa di mana apa yang berlaku tidak mampu difahami walaupun sedikit sebab musababnya. Dengan pemikiran sistemik, anda mampu menjangka dan memahami dengan lebih luas.


Jika anda ingin melihat sesuatu dengan mikro, pemikiran sistematik boleh menjadi jawapan. Jika anda ingin melihat dunia secara mikro dan makro, pemikiran sistemik mampu membawa anda ke aras seterusnya.

Buku Berfikir Secara Sistemik tulisan Fazrul Ismail ini mudah diperolehi di kedai-kedai buku utama atau secara online disini. Selamat Membaca!

Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, March 7, 2012

Setengah berisi, setengah kosong...

Saya terkesima membaca dan memetik halaman-halaman buku setebal 272 muka surat ini.  Bab 9 di muka surat 37 menukilkan......

Pagi yang cerah itu tiba-tiba berubah menjadi mendung dan kelam, tatkala menerima berita ibu dalam keadaan tidak sedarkan diri. 10 minit kemudian, dunia yang mendung menjadi bertambah kelam apabila panggilan telefon yang diterima mengatakan ibu sudah kembali menghadap Ilahi. Pemergian mendadak , tanpa pesan itu menyakitkan, seolah-olah semua keluarga merasakan 'kecurian'. 'Kecurian' seseorang yang disayangi. Tanpa tanda dan tanpa pesan, tepat 8.25 pagi, ibu pergi dengan tenang ke pangkuan Tuhan. Masih tersimpan dan terkumpul dengan baik, surat-suratnya yang dihantar dari seberang dengan kata-kata istimewa,
"Jaga diri baik-baik dan jangan lupa berdoa dan menjaga kesihatanmu!"
Ibu tidak pernah kenal mesin faks ataupun SMS, apalagi internet dan e-mel. Tetapi itu semua tidak menghalangnya daripada menulis surat dan bercerita panjang lebar mengenai perkara-perkara yang berlaku di kampung halaman. Bagi ibu, bertanya khabar melalui surat dan menghantar surat itu sendiri ke pejabat pos adalah kegiatan sehari-harinya di usia yang senja.....

Buku kecil terbitan PTS Millennia ini adalah tulisan Parlindungan Marpaung, disampaikan secara santai dengan bahasa yang mudah difahami. Agar minda sentiasa positif dan hidup lebih bermakna, sangat padan dengan gagasan isi yang dibahagikan kepada 5 bahagian dengan 63 bab. Anda yang berminat melahap kandungan buku kecil ini, kunjungi laman ini untuk mendapatkannya secara online. 

Sunday, February 26, 2012

Gaya Pengajaran & Pembelajaran

Buku kecil setebal 114 muka surat ini diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Buku yang dikategorikan dalam genre Pendidikan, Kaunseling dan Pendidikan Umum ini diindekskan  dalam ISBN-13: 978-967-5226-86-1, dijual pada harga RM 17.50, diterbitkan  pada 4 Jan 2010. 

Memetik ulasan buku ini dalam laman sesawang PTS, amat relevan untuk memugar kembali profesionalisme keguruan, khususnya di bilik-bilik darjah.....
Setiap individu memerlukan strategi, pendekatan, teknik, dan kaedah yang berbeza supaya proses pembelajaran yang dilalui mencapai tahap optimum. Guru perlu berbakat dalam merancang dan menyampaikan pengajaran kepada pelajar yang pelbagai. Jesteru, pengajaran perlu dirancang, disusun, dilaksanakan, dipantau, dan diselia dengan teliti bagi menghasilkan pengajaran yang efektif.
Perbincangan santai dengan gaya bahasa yang menarik, rasanya bukan sahaja meremajakan semula semangat keguruan kita, tetapi yang lebih penting lagi mencadangkan pendekatan, teknik dan kaedah yang menarik untuk 'memenangi tumpuan dan perhatian pelajar' mengikuti pengajaran kita sehingga akhirnya.

Lawati laman ini untuk mendapatkan buku Gaya Pengajaran dan Pembelajaran.

Wednesday, February 8, 2012

Objektif Pengajaran...


Jika anda seorang guru, rasanya wajar memiliki buku kecil ini. Sungguhpun bukan perkara asing memperkatakan tentang objektif pengajaran pada seorang guru, namun buku ini memberi perspektif yang lebih memantapkan pemahaman kita terhadap pengajaran. Objektif pengajaran adalah asas kepada pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang dirangka dengan baik, membolehkan kita mengenal pasti isi kandungan yang sesuai untuk pengajaran kita, mengatur pengajaran mengikut cara yang sebaik mungkin dan menyediakan alat bantu untuk memastikan dengan tepat sama ada pengajaran yang dijalankan telah mencapai matlamatnya atau tidak. 
Edisi ini memberikan panduan tentang cara menulis objektif yang membolehkan anda memilih isi kandungan dan kaedah terbaik untuk mencapai objektif. Buku kecil ini juga memberikan panduan kepada mereka yang baru belajar melalui proses pembelajaran. Selain itu, buku ini memberikan peluang yang lebih baik kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dan menunjukkan segala nilai tentang apa yang diajar. 
Buku terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia dengan kerjasama UPSI ini adalah buku terjemahan dari tulisan asal Robert F. Mager, seorang penulis terkenal dalam dunia pendidikan. Buku kecil ini boleh dibeli secara online disini. Selamat Membaca!.

Sunday, January 22, 2012

Mengurus Kualiti....

Buku ini memaparkan pelbagai teori untuk membantu menguruskan sekolah dengan lebih baik, khususnya dengan memberikan panduan pendekatan yang membabitkan aspek kualiti. 

Kajian yang dihuraikan di dalam buku ini menyentuh aspek perubahan dalam konteks pengurusan sekolah dan pengurusan kualiti secara menyeluruh. 

Dapatkan buku kecil ini secara online di sini.

Tuesday, January 3, 2012

SOHO!

Small Office Home Office!. Buku panduan mudah, praktikal, lengkap dan profesional bagi usahawan SOHO. Bisnes SOHO tidak memerlukan modal yang besar dan dapat dilakukan dari bilik tidur, meja makan, ruang tamu rumah, ataupun dari bilik hostel di kolej penginapan. Usahawan berpeluang mengurus SOHO persis gaya CEO syarikat gergasi dunia. Buku ini menjadi panduan lengkap, langkah demi langkah untuk usahawan SOHO yang baru mahupun yang lama bagi memantapkan pengurusan bisnes SOHO. Buku ini membantu usahawan merancang, membina, mengurus, dan mempromosi bisnes mereka.


Tidak semua perkara perlu diuruskan oleh anda sendiri. Buku ini memberikan perincian perkara-perkara yang anda boleh serahkan kepada orang lain bagi diselesaikan. Anda dapat memberi fokus kepada perkara yang lebih penting.Anda bosan melakukan rutin harian dan perkara remeh-temeh? Sistem automasi akan membantu anda. Masa anda yang berharga dapat dijimatkan, anda dapat bekerja lebih efektif, dan pastinya lebih produktif.

Antara kandungan dalam buku ini ialah ;

Bahagian 1 : Small Office Home Office (SOHO)
Bab 1: Small Office Home Office (SOHO).
Bab 2: Mengapa SOHO?
Bab 3: Contoh Bisnes SOHO
Bab 4: Undang-Undang Berkaitan SOHO.
Bab 5: Rancangan Perniagaan SOHO

Bahagian 2 : Pengurusan Pejabat SOHO
Bab 6: Peralatan Pejabat SOHO
Bab 7: Pemilihan Ruang Pejabat di Rumah
Bab 8: Diari Kerja
Bab 9: Pengurusan Fail Dalam Kabinet
Bab 10 : Alat Tulis dan Komunikasi
Bab 11: Peralatan dan Aksesori Komputer

Bahagian 3 : Pengurusan Kewangan SOHO
Bab 12: Pengurusan Wang Masuk dan Wang Keluar
Bab 13: Pengurusan Akaun Kewangan

Bahagian 4 : Pengurusan Produk, Pelanggan & Operasi Perniagaan
Bab 14: Pengurusan Produk
Bab 15: Mengurus Rekod Pelanggan
Bab 16: Mengurus Operasi Perniagaan
Bab 17: Mengurus Pekerja
Bab 18: Dokumentasi Tugas Rutin
Bab 19: Urus Bisnes Cara Alaf Baru

Bahagian 5 : Pengurusan Peribadi Usahawan SOHO
Bab 20: Kesihatan Usahawan SOHO
Bab 21: Insurans Takaful Diri
Bab 22: Keselamatan SOHO
Bab 23: Pengurusan Masa
Bab 24: Motivasi dan Kuasa Kejayaan

Bahagian 6 : Urus Promosi SOHO
Bab 25: Promosi Cara Tradisional
Bab 26: Promosi Cara Moden : Facebook
Bab 27: Promosi Cara Moden : Blog
Bab 28: Urus Promosi dan Pemasaran

Mudah diperolehi di kedai-kedai buku utama, atau kunjungi laman ini......

Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, December 15, 2011

The Presentations Secret of...

Salah satu buku yang saya beli dan baca, dan menarik perhatian saya adalah buku Rahsia Penyampaian Steve Jobs. Steve Jobs adalah penyampai hebat di pentas dunia. Tiada individu lain yang dapat menandinginya. Ramai yang sanggup datang sehari lebih awal ke lokasi persembahan Steve, bagi memastikan mereka mendapat kerusi terbaik dalam sesinya. Steve Jobs sentiasa membuatkan para penonton teruja dengan penyampaian hebat dengan gaya tersendiri. Steve bukan sekadar menyampaikan maklumat beliau turut bercerita, melukis gambaran, dan berkongsi wawasan dalam penyampaiannya. Beliau memberikan pengalaman transformasi unik, penuh inspirasi dan keterujaan, yang tidak dapat dilupakan.



Buku ini adalah panduan terbaik, seolah-olah penyampai hebat itu sendiri menyampaikannya secara langsung kepada anda. Pakar komunikasi Carmine Gallo, mempelajari dan menganalisa penyampaian Steve, dan kemudian berkongsi pelbagai contoh, tip, teknik, dan rahsia penyampaian yang terbukti berkesan pada setiap masa. Menggunakan pendekatan revolusi ini, anda pasti terkejut mengetahui betapa mudahnya menjual, berkongsi keterujaan dan seterusnya membuatkan para penonton terkesima melihat penyampaian anda, gaya Steve Jobs. Mudah diperolehi di gedung buku utama atau kunjungi laman bookcafe untuk mendapatkannya.

Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, December 13, 2011

Travelog Minda Tajdid..


Antara masalah besar sesiapa sahaja yang berbicara tentang Islam sepanjang zaman adalah soal keikhlasan jiwa. Amat sukar menempatkan jiwa yang tulus ikhlas dalam mencari reda Allah dalam perasaan, meskipun mudah diucapkan di lidah.


Travelog Minda Tajdid ini adalah sebuah catatan daripada hati seorang tokoh yang menjadi rujukan masyarakat pada masa kini. Mengulas isu yang dikemukakan berpaksikan al-Quran dan Hadis, menjadikan pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini relevan sepanjang zaman.

“Wahai Allah yang Maha Hidup, wahai Allah yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan jangan serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata.”

Untuk maklumat lanjut mendapatkan buku ini, sila kunjungi laman ini.
Posted using BlogPress from my iPad

Friday, December 2, 2011

Dunia Pasca-Amerika.



'Setiap zaman keemasan itu akan sampai ke penghujung riwayatnya. Lagi gemilang zaman itu, lagi 'berapi-api' detik penamatnya. Krisis tahun 2008 merupakan zaman keruntuhan kewangan paling buruk dalam sejarah dunia sejak tahun 1929 dan mencetuskan kelembapan ekonomi terburuk sejak kemelesatan besar. Setiap peristiwa yang berlaku pada tahun 2008, belum pernah berlaku sebelum ini; leburnya aset yang bernilai kira-kira $50 trilion dalam ekonomi global; pemberi pinjaman gadai janji terbesar di Amerika dimiliknegarakan; berlakunya kemuflisan paling besar dalam sejarah (Lehman Brothers); lenyapnya bank pelaburan; pelan menyelamat dan pakej rangsangan seantero dunia yang menelan bertrilion-trilion dolar dilaksanakan. Kita sedang mengharungi masa-masa yang akan diceritakan kembali dan dikaji untuk beberapa generasi'

Bagaimanakah kita boleh sampai ke sini?. Ironinya, saya berpendapat bahawa punca asas bagi keruntuhan ini adalah kejayaan. Ikuti catatan lanjut penulis dalam buku Dunia Pasca-Amerika tulisan Fareed Zakaria, seorang hos rancangan CNN, Fareed Zakaria GPS dan pengarang majalah Newsweek International.

Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, November 22, 2011

Stress Management for Teachers.

This book presents a basic understanding of stress, in the context of teaching, and the effects of stress on personal and professional well-being. It also provides strategies for managing the many stressors that affect teachers, from career planning to dealing with difficult people. Over the past few decades there have been many changes in circumstances that affect teachers, and the job has become more and more stressful.

However, at the time of writing, exciting changes are afoot to alleviate many of the stressors teachers have endured, and the implications of these changes are incorporated into the advice contained in this book.


Chapter 1 covers the rationale for the book. It begins with definitions of stress in the academic literature, and then addresses the findings of research on stress in teachers as a specific occupational group. It continues by justifying the importance of teachers using stress management, based on research demonstrating the dangers of stress to physical and mental health, and its detrimental effects on quality of life and career progression.


Chapter 2 is concerned with providing an understanding of what stress is. It outlines the relationship between performance and stress, and the positive as well as negative aspects of moderate stress, including stress as a source of motivation, stress as a focus for achieving targets and stress as a source of energy. Chapter 2 also includes a brief questionnaire for readers to test whether or not they are under too much stress, and offers suggestions for what to do if you are.


Chapter 3 addresses stress in teaching specifically. A review of the literature on stress in teachers forms the basis for this chapter. Three major areas of stress that affect teachers are identified: stress during teaching itself, stress resulting from your self-image as a teacher and stress resulting from the politics of teaching. Tips for dealing with each of these sources of stress are presented.


Further reading, let's find out this book. It's very useful to whom concern about it!. Enjoy your findings!.

Sunday, July 17, 2011

Makna Baharu Perubahan Pendidikan..

Buku setebal 377 halaman ini adalah terjemahan daripada buku asal The New Meaning of Educational Change. Antara lain buku ini menghujahkan situasi realistik tentang sekolah yang kini dilanda angin perubahan.


"Penggubal dasar mendakwa guru menolak perubahan, guru pula merungut bahawa pihak pentadbir membuat perubahan untuk mendabik dada dan mereka itu tidak tahu apa yang diperlukan serta tidak memahami apa yang berlaku di bilik darjah. Ibubapa kebingungan dengan amalan membaca yang baharu serta tidak dapat melihat kaitan antara pendidikan dengan peluang pekerjaan pada masa akan datang".

"Ada pihak berhujah bahawa usaha menstruktur semula sekolah merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada, sementara pihak yang lain pula mendakwa pilihan ini sebagai mimpi kosong yang mengalih perhatian kita daripada perubahan dasar kurikulum yang amat diperlukan".

"Di tengah-tengah kemelut ini, ejen pada semua peringkat tercari-cari cara untuk menginstitusikan lebih banyak program, sementara guru pula menganggap ejen perubahan inilah yang patut diinstitusikan, bukannya program mereka. Pelajar pula terlalu leka dengan perkara lain, lantas tidak memberi perhatian kepada semua kemelut ini".


Menarik perbincangan dalam buku ini, khususnya dalam mencari dan menanggapi makna perubahan yang sedang berlaku merentasi sistem pendidikan hari ini, dengan menggalas cabaran yang juga semakin kompleks. Buku tulisan Micheal Fullan ini cukup popular dikalangan pemikir pendidikan, dan boleh dibeli secara online disini.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Seri Ilham, Kg. Kabogan, Semporna

Monday, July 4, 2011

Humor dalam Pengajaran!...

Mengajar melibatkan perjalanan proses dan masa. Tiada seorang guru yang melalui proses mengajar tidak menghadapi hambatan perjalanan proses dan masa ini. Oleh kerana proses mengajar ini mengambil masa yang lama, atau memerlukan tempoh masa tertentu untuk disempurnakan, maka seorang guru tentunya akan berhadapan dengan faktor mengekalkan momentum pengajaran yang sentiasa menarik minat dan perhatian para pelajarnya. Seorang guru yang prolifik, tentunya tidak tandus dengan idea dan cara mengekalkan momentum pengajaran yang menarik perhatian pelajar-pelajar. Namun tidak semua memiliki keupayaan seperti itu.


Seorang guru yang bersungguh-sungguh ingin menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tetapi sering menghadapi fenomena mengekalkan tumpuan dan perhatian pelajar, rasanya wajar untuk membaca buku Humor dalam Pengajaran ini. Buku tulisan kumpulan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia ini dikelompokkan kepada 8 bab. Perbincangan awal memperihalkan variasi humor dan potensi padanan minda dengan konsep humor itu sendiri. Buku kecil setebal 124 halaman ini juga membincangkan aplikasi humor dalam menjayakan pengajaran berkesan dan secara langsung memperihalkan metod dan pendekatan menggunakan humor menjayakan pengajaran.

Buku terbitan PTS Profesional ini diterbitkan pada tahun 2007 lagi dan telah 3 kali diulang cetak, termasuk yang terbaru dalam tahun 2011 ini. Secara umumnya, dapat diperkatakan buku ini sarat dengan perbincangan yang boleh menelurkan idea-idea segar. Pembacaan buku ini tentunya segar dengan idea dan saranan aplikasi dan terserahlah kepada setiap individu guru untuk membuat modifikasi agar padan dengan keperluan dan budaya setempat. Pastinya, sebagai seorang guru, elemen humor ini selayaknya dihadam selahapnya sebagai salah satu 'persiapan' berhadapan dengan 'cuaca' anak-anak murid. Kunjungi laman pts.com.my. Selamat meneroka dunia humor!.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Jalan Haiwan-Tinagayan, Semporna

Tuesday, June 21, 2011

Bumi Cinta & mesej kebaikan......




Kebaikan itu pelbagai rupanya. "Siapa yang mengerjakan kebaikan, maka dia telah berbuat baik untuk dirinya. Sebaliknya, siapa yang berbuat jahat, maka dia berlaku jahat kepada dirinya juga". Dalam catatan awalnya, lewat buku ini... penulis antara lain menzahirkan......

"Memang, saya ingin menjadikan novel-novel yang saya tulis sebagai wajihah atau prasarana berdasarkan ayat-ayat suci al-Quran. Sehingga al-Quran dapat benar-benar hidup dan menjadi pedoman hidup yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari".

Gambaran emosi ini sarat muatan mesej dan pengajaran. Sememangnya kebaikan itu boleh dilampiaskan dengan pelbagai cara dan pendekatan. Mungkin saja cara dan pendekatan itu tidak popular, namun 'agenda besar' yang cuba dihidangkan tidak pernah dikesampingkan. Pada hemat saya, Bumi Cinta.....lebih dari setakat novel. Sarat muatan mesej yang bukan sahaja 'menikam' malah berupaya menjadi 'peringatan' kepada sesiapa yang berkenaan.

Selayaknya Habiburrahman El Shirazy melampiaskan mesej kebaikan dengan cara yang tersendiri. Bacalah untuk tahu......

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Sudut Bacaan, Seri Ilham, Kg. Kabogan, Semporna

Sunday, June 5, 2011

Asal usul Masyarakat Manusia....

Ketika ini sedang menekuni buku Asal usul Masyarakat Manusia karya Malik Bennabi. Menerusi buku ini, Malik Bennabi secara amnya membentuk hujah falsafah tentang kedudukan dan fungsi agama dalam kehidupan manusia. Ia memberi huraiandan bukti serta analisis secara sosiologi tentang konsep insan dan agama. Berpandukan pendekatan berbilang disiplin yang dipersembahkan melalui hujah falsafah yang jelas, buku ini memberikan ruang lingkup teori bagi anjakan paradigma dalam mengkaji dan memahami kewujudan masyarakat manusia.

Menarik untuk menekuni pembacaan buku ini untuk memberi segaran kepada perspektif dan sudut pandang. Buku ini boleh diperolehi melalui pembelian online di itnm.com.my!.

Posted using BlogPress from my iPad.

Location: Semporna,Malaysia

Sunday, January 16, 2011

Rindu Eropah Tawan Damascus..

Petang tadi sempat meluangkan masa di Popular Books, Palm Square, Centrepoint. Tertarik untuk membeli sebuah buku travelog, Rindu Eropah Tawan Damascus. Sebuah travelog seorang pemuda berusia 21 tahun dengan menaiki kereta api, kapal laut, kapal terbang dan adakalanya terpaksa berjalan kaki. Kisah benar yang dilalui penulis dipaparkan secara telus ini boleh menjadi panduan kepada bakal pengembara.

Munir berhasrat menuju Eropah, tetapi akhirnya menetap dua tahun di Syria. Sebelum itu, Munir sempat menjejak Thailand, Singapura, India, Pakistan, Turki dan akhirnya berpeluang menunaikan fardu haji pada usia 22 tahun.

Seorang yang bersemangat waja dan bermotivasi tinggi. Ketika memulakan perjalanan hanya fasih berbahasa Inggeris, tetapi akhirnya berjaya menguasai bahasa Arab dan mendalami bacaan al-Quran. Munir yang mempunyai CHRS - Certificate in Hotel and Restaurant services dari ITM pernah bekerja sebagai peon dan wartawan. Dalam kembaranya, Munir pernah menjadi buruh kontrak dan menjadi chef di Hotel Meridien, Syria.

Karya ini mampu membuka minda bukan sahaja pelajar-pelajar jurusan perhotelan, seperti yang dinyatakan dalam ulasan buku ini di website, tetapi sesiapapun jua yang ingin melihat 'sesuatu' dari sudut yang diluar kebiasaan. Ayuh......kita baca buku terbitan Karangkraf ini.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tuaran,Kota Kinabalu,Malaysia

Monday, August 23, 2010

Acuan Minda

Pada hari sabtu yang lepas, saya berkesempatan bersama isteri dan anak-anak berkunjung ke Tawau. Hasratnya untuk membuat persiapan ‘raya’ anak-anak. Namun kesempatan ini juga saya manfaatkan sebagai kembara ramadhan bersama keluarga. Sementara anak-anak sibuk membeli-belah, saya mengambil kesempatan singgah di Quong Ming Bookstore. Membeli 3 naskah buku. Salah satu daripadanya adalah buku bertajuk Acuan Minda. Dah lama terbit tetapi baru ditemui.

Buku setebal 232 mukasurat ini adalah tulisan Prof. Dr. Sidek Baba dan diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. Buku ini sebenarnya adalah kompilasi tulisan Dr. Sidek Baba dalam ruangan Ufuk Minda, akhbar Berita Harian dan Majalah Pendidik, dengan sedikit pengubahsuaian dan penambahbaikan agar dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Sesuai dengan bidang kepakaran Dr. Sidek, sememangnya hidangan buah fikiran yang disajikannya dalam Acuan Minda ini cukup bernas, santai dan seronok dibaca. Prespektif yang jelas dan berfokus dalam menanggapi ilmu dan bagaimana seharusnya para pencandu ilmu menentukan hala kebermanfaatan ilmu itu dalam pelbagai dimensi dihuraikan dengan tersusun dan berkronologi.

Pada pengamatan saya, Acuan Minda sebenarnya banyak menuntut pengertian dan kefahaman warga pendidik dalam mengimarahkan penyempurnaan agenda pembinaan Modal Insan. Sesuai dengan saf kalangan guru yang berada dijalur paling hadapan dalam agenda pembinaan modal insan, obor penerapan nilai-nilai islamisasi dilihat sangat mendasar kepentingannya dalam menentukan impian menjana kualiti modal insan mengikut acuan sendiri berjaya direalisasikan!. Buku yang disusun dalam 48 bab ini dimulai dengan tajuk Perbezaan Pendapat Biar Ada Adabnya, seolah-olah menyediakan pembaca untuk bersedia menghadapi kepelbagaian idea yang silang menyilang dalam buku ini. Huraian santai buku ini ditutup dengan tajuk Tanggungjawab bersama dalam Pendidikan, sekali lagi seolah-olah cuba untuk menyatukan semula kepelbagaian yang ada.

Gaya penulisan penuh disulami dengan penggunaan kosa kata yang tepat menggambarkan makna dan memperlihatkan kegramatisan berbahasa penulis. Pendekatan ini bukan sahaja berjaya menghampirkan mesej buku dengan pembaca malah berupaya menerbitkan gian untuk menyudahkan bab yang berikutnya. Anda yang berminat mendepani agenda pembinaan modal insan dari kaca mata setempat, selayaknya membaca dengan lahap gagasan buku ini untuk melebar-luaskan prespektif kita melihat pendidikan sebagai agen perubahan yang sangat penting!. Jom….baca!.

Thursday, February 25, 2010

Digital SLR Photography..

Technology and techniques — you can find both in this book. Understanding exactly how a digital SLR works can help you use its capabilities more fully. By mastering the technology, you're better equipped to understand how to use interchangeable lenses, set up speedy continuous-shooting burst modes, apply selective focus, and shoot under the lowest light levels.

Understanding how a point-and-shoot digital camera works offers you little advantage because such entry-level cameras don't give you the creative control that a dSLR does. You don't need to understand internal combustion to drive a Porsche, but it helps if you know a little about double-clutching and limited-slip differentials.

Technology also provides the grounding you need to work with advanced photographic techniques, such as the ones I discuss in this book. I fill these pages with basic information and tips that you can use to hone your skills while you grow as a digital SLR photographer. Enjoy your reading!.

Thursday, December 24, 2009

Quran Saintifik !

“Para saintis pada hari ini sering kali bertanya, “Apakah yang sebenarnya berlaku selepas ledakan Big Bang?” Justeru sebahagian mereka cuba menyusun satu bentuk kronologi berhubung perkara ini. Selepas mengkaji pandangan-pandangan mereka, saya mengolah dan menyusun semula kronologi itu mengikut enam fasa. Fasa Pertama, Ledakan dan pengembangan. Fasa Kedua Penyejukan dan kelahiran nukleus. Fasa Ketiga, kelahiran Atom. Fasa Keempat, Asap dan Kelahiran galaksi serta bintang. Manakala Fasa Kelima, Percantuman Galaksi, Kelahiran Big Hole, Supernova dan Matahari. Fasa seterusnya ialah Kejadian Bumi dan Atmosfera dan Permulaan Hidupan. Demikian antara kandungan yang dinyatakan dalam Bab 22 – Kronologi Kejadian Alam, Buku Quran Saintifik, di muka surat 44.

Benar ulasan Dr. Tengku Asmadi tentang buku setebal 246 muka surat ini, “Mengagumkan! Buku ini mengupas secara komprehensif bukti-bukti sains yang membenarkan kandungan Quran dan mampu meningkatkan lagi keimanan seseorang apabila membaca dan memahaminya”. Membaca buku ini cukup berbaloi mengisi minda dan masa kita.

Buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian dengan bahagian pertama membicarakan tentang Cemerlang dalam Menguasai Dua Ayat. Bahagian Kedua tentang Permulaan Alam Semesta adalah permulaan Segala-galanya. Bahagian Ketiga pula berbicara mengenai Manusia dan Asal Usulnya. Bahagian Keempat memperkatakan pula tentang Tujuan dan Matlamat Hidup Manusia manakala pada bahagian Kelima adalah Epilog tentang kandungan buku ini. Buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. Ini mudah diperoleh di pasaran pada harga RM21.50. Bacalah……..baru anda tahu ilmu dan pengetahuan dalam buku kecil ini. Selamat Membaca !

Wednesday, December 16, 2009

Law of Attraction...

Micheal J. Losier, penulis buku Law of Attraction ini akan muncul dalam rancangan Tamu Awani pada 20 Disember 2009 ini. Kesempatan berada di Kota Kinabalu beberapa hari yang lalu saya manfaatkan sepenuhnya dengan mengunjungi beberapa kedai buku seperti Eaton's di Centre Point dan Popular Books di 1Borneo dan Palm Square.

Sebenarnya telah lama saya mencari buku ini. Di internet, khususnya di bookcafe dan kedai.net juga menjualnya secara online!. Sehinggalah saya mengunjungi Eaton's, saya berjumpa dengan buku Law of Attraction ini. Tanpa berfikir panjang saya membayar buku ini disamping 5 naskah buku novel Siri Penyiasatan Ekstrovert yang dipesan anak-anak.

Memetik beberapa ungkapan testimoni daripada mereka yang mengenali tulisan Micheal J. Losier ini, antaranya ;

"Mesej yang disampaikan oleh Micheal J. Losier bakal menguba cara anda melihat diri sendiri dan orang lain. Saya dapati buku ini sangat memberi inspirasi dan menenangkan". Demikian Ethelle G. Lord, Teamwork Development Associates, mengungkapkan pandangannya tentang buku ini.
"Micheal Losier memiliki kebolehan bagi menyerap pelbagai prinsip yang abstrak dan menghasilkan keputusan yang benar-benar berkesan. Buku ini sangat mudah dibaca, diterapkan dan yang paling penting ia berkesan". Mary Marcdante, penulis buku My Mother, My Friend, www.marymarcdante.com .
Saya sebenarnya baru nak mula menekuni pembacaan buku ini. Ulasan dan pandangan saya selepas pembacaan lengkap nanti akan saya nyatakan disini. Tetapi maklumat awal yang saya perolehi di laman web menggambarkan buku ini cukup mengujakan. Buku terbitan PTS Professional ini dijual pada harga RM30.00. Selamat Membaca!.

Tuesday, December 15, 2009

Ketemu di Alur Zaman...

Buku kecil setebal 77 muka surat ini adalah buku pemberian drmindailmu. Buku ini sebenarnya adalah kompilasi tulisan Rustam A. Sani sendiri tentang beberapa tokoh yang dikenali dan difahami penulis. Pengamatan tajam penulis bukan sahaja memberikan kita maklumat tentang pandangan dan perspektifnya, tetapi yang lebih hebat lagi lontaran idea dan pemikiran yang harmonis dan humanistik sifatnya.

Prinsip dan asas pemikiran yang jelas, mengajak khalayak pembaca untuk menilai bukan sahaja dengan ilmu dan pengalaman semata-mata, tetapi juga menggunakan mata hati dan tingkat faham kemanusiaan yang tinggi. Anda bayangkan jika anda disoal oleh ayah sendiri, "Yang ini, anak siapa?".......dapatkan anda cirikan konteks dan suasana soalan itu terlontar dari mulut ayah anda sendiri. Agaknya apa bayangan anda??. Nabil menasihatkan saya, "Lu fikirlah sendiri!".

Jika nak tahu, bacalah buku kecil ini, yang juga merupakan antara karya terakhir Allahyarham Rustam A. Sani. Buku berharga RM15.00 di Sabah ini diterbitkan Media Icon Sdn. Bhd. Selamat Membaca...!