Monday, April 20, 2009

Jagung & Keazaman !

Pagi ahad kelmarin, saya berkesempatan mengunjungi sebuah kebun jagung yang diusahakan seorang ibu tunggal. Isteri saya telah berjanji dengan tuan punya kebun berkenaan. Hasilnya, janji ditunaikan pagi kelmarin.
Seawal jam 6.30 pagi, saya memandu kereta sambil membayangkan “pertemuan ala-ala jejak kasih” dengan suasana yang pernah saya lalui lebih kurang 25 tahun yang lalu, memang cukup mengujakan!. Ahh……..nostalgik sungguh bunyinya. Bukannya sombong diri, tetapi sangat jarang kebun jagung di temui kini.

Saya tidak malu untuk menyatakan bahawa zaman kanak-kanak dan remaja saya sememangnya sinonim dengan jagung dan keazaman. Ayah dan mak saya membesarkan kami adik beradik dengan hasil titik peluh perusahaan menanam jagung. Pernah satu ketika, giliran saya ‘berjaga’ di kebun ayah, sambil membakar jagung, sambil itu juga menyanyi ( lagu-lagu Alleycats dan DJ Dave ), yang sebenarnya bukannya mahu sangat menyanyi, tetapi 'takut' kerana berjaga seorang diri di puncak bukit, hujung kebun ayah saya.

Kesempatan ini saya manfaatkan untuk memperteguh beberapa dapatan yang signifikan dengan kehidupan saya masa kini. Jagung inilah yang mengajar saya kehidupan yang sukar dan susah. Jagung ini jugalah yang mengajar saya perlunya menghargai setiap peluang yang menjengah kehidupan kita. Jagung ini juga mengajar menghargai masa lalu untuk bekalan mendepani masa depan. Jagung inilah yang memperteguh ikatan persaudaraan sesama ahli keluarga. Jagung inilah yang memungkinkan saya menjejak kaki di dunia asing.
Pendek kata, jagung ini punya sumbangan besar ‘memanusiakan’ saya dan sekeliling. Jagunglah sebenarnya yang mengajar saya menggenggam bara api sehingga menjadi abu. Begitu fikirnya.....

Sunday, April 19, 2009

Thursday, April 16, 2009

Malangnya......

Di alam maya ini saya zahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Kumpulan 2 ; Rani, Winnie, Flo, Tan, Judie, Ching, Thomas, Hisham dan Sheila. Banyak yang saya perolehi daripada sesi bersama mereka!. Entah......mereka ini kumpulan yang ke berapa yang saya kendalikan bersama dalam kumpulan.

Kesibukkan saya sekembalinya dari kursus yang bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Isnin, menyebabkan agak sukar untuk saya mencatatkan sesuatu. Terkadang......mood ini agak sukar dicairkan. Pagi tadi saya memenuhi undangan teman-teman dari SMK. Bugaya II, membuat pengisian untuk program mereka, Seminar Keibubapaan, dengan kerjasama Yayasan Sabah. Coretan tentang program berkenaan akan saya zahirkan pada kesempatan yang lain.

Saya teringat pepatah melayu, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?". Saya selalu sebutkan, dalam kehidupan kita sering berlaku situasi 'give and take'. Agak lucu sahabat saya si Er, sambil menggayakan lagak salah seorang peserta mentafsirkan pepatah "tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah". Lucunya kerana ditafsirkan pepatah itu dengan memindahkan aras tangan sahaja dari bawah ke atas!. Benarkah begitu?.

Tidak kira pada aras mana kita berfikir mengenainya, dan bagai mana kita mentafsirkannya, suatu yang saya amat pasti, kita mestilah sentiasa memberi yang terbaik kepada setiap perkara yang kita lakukan!. Jika kita adalah seorang kawan, menjadilah kita kawan yang baik dalam erti kata yang sebenarnya. Kawan yang sejati pada saya adalah kawan yang berani menegur pada ketika mana kita seronok leka dan alpa melakukan perkara anti-masyarakat!. Malangnya.....tidak ramai manusia yang mempunyai ciri sebegini untuk layak dijadikan kawan sejati.

Mungkin pernah juga kita melewati tempoh sukar dalam kehidupan kita. Saya mengalami sendiri pengalaman hidup yang susah dan sukar ini. Tetapi yang paling penting daripada persoalan ini sebenarnya adalah "sejauh mana kita berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti hidup kita". Malangnya......tidak ramai manusia yang berfikir dan berusaha mengenainya. Atas situasi ini, rasanya kita tidak harus merasakan diri kita malang berbanding orang lain.
Segalanya ada hikmah yang tersembunyi dan hanya mampu dilihat dengan mata hati dan akal fikir. Jika kita merasa diri amat malang, percayalah ada lagi orang yang lebih malang. Demikian sebaliknya, jika kita merasa diri itu amat hebat, ada lagi yang lebih hebat daripadanya. Insya-Allah, kita fikir bersama!.

Wednesday, April 15, 2009

Tuesday, April 14, 2009

Susuk Anak Merdeka !

Tak cukup lagikah tanda yang dihantar kepada kita............
Untuk melihat dengan mata hati, Bertindak dengan akal fikir,
Berkorban dengan peluh keringat, Berbahagia dengan kasih sayang.........

Mentari telah terbit..........kita sudah kesiangan, jika memilih untuk tidur kembali!.
Kelam malam kian menyelimuti alam.......kita sudah dipertengahan jalan, jika memilih untuk melihat perbezaan !.
Palulah gendang perjuangan dengan penuh yakin, tampil kelibat seorang pahlawan.














Jika akur dirimu adalah makhluk tuhan.....
Insaf dan bertafakurlah menghitung pahala dan kebaikan,
agar dosa dan keburukkan bisa dinyahkan
Kelak dirimu hadirnya menjadi insan budiman!

Jika akur dirimu adalah anak, ibu atau ayah......
Titipkan kasih sayang berkekalan,
agar hidup kita bermandi kebahagiaan,
Kelak dirimu hadirnya memberi sumbangan!

Jika akur dirimu adalah penjawat awam......
Berkhidmatlah tanpa mengenal sempadan kepenatan,
belaian pujian apa lagi hamburan habuan
Kelak dirimu hadirnya menjadi ingatan !.

Jika akur dirimu anak watan.........
Menyumbanglah sementara berkesempatan......
Kerana bumi bertuah ini adalah warisan,
Amanah yang harus dipertahankan untuk generasi mendatang!
Kelak dirimu hadirnya bagai susuk seorang negarawan!

Bangun Anak Malaysia....
Bertebaranlah di bumi bertuah ini!

( Dedikasi untuk Anak-anak Malaysia & Kumpulan 2 )
Kundasang, 11.05 malam

Saturday, April 11, 2009

Jupiter and Saturn !.

This is another ebook I have download from the internet!. Very usefull and informative ebooks.... Buku asal terbitan Chelsea House Publication ini iterbitkan pada tahun 2006.

"Sunday is still named for the Sun, Monday for the Moon, Tuesday for Mars, Wednesday for Mercury, Thursday for Jupiter, Friday for Venus, and Saturday for Saturn".
( Page ix )
Humankind has recognized both Jupiter and Saturn as planets since antiquity. Jupiter, in particular, was revered as a large and important planet by ancient peoples.This recognition shows an amazing unity of perception:
Imagine how long and diligently one would have to study the night sky to recognize and track the planets, especially with no telescope, and to understand that Jupiter was larger than Saturn. The ancient Egyptians (3100 to 332 B.C.E.) believed that Mars, Jupiter, and Saturn were all forms of their god Horus, a god with a man’s body and a falcon’s head.The Babylonians (1795 to 1595 B.C.E., and 612 to 538 B.C.E., in and around modern-day Iraq), for their part, thought of Jupiter as their god Marduk.
Anda belasah saja...... ! Internet is the super-source!.....

Thursday, April 9, 2009

Sunday, April 5, 2009

Waxing Gibbous Moon....




Waxing Gibbous Moon ini adalah wajah bulan yang kelihatan 9 hingga 11 hari selepas 'New Moon'. Apa yang saya paparkan disini adalah 2 gambar bulan dari 2 sumber berlainan. Gambar pertama yang saya 'copy' dari Langkawi National Observatory. Gambar yang jelas ini membolehkan kita mengenalpasti lokasi-lokasi tertentu pada permukaan bulan.
Gambar kedua pula adalah gambar yang saya 'copy' dari ebook 'Turn Left At Orion'. Pelbagai nama yang kita lihat dipermukaan bulan ini, dapatkah kita membuat pengecaman 'Oceanus Procellarum', 'Mere Imbrium' dan 'South Highlands'. Pelbagai lagi misteri bulan yang kita tidak ketahui...... Saya sendiri 'teruja' dengan pelbagai lagi misteri. Saya hanya amat pasti, dengan berpandukan 'kalendar Bulan', ketepatan hari dan tarikh bulan memang tidak dapat dinafikan lagi. Kawan-kawan berseloroh, saya kini boleh mengganti pengisytiharan 01 Ramadhan dan 01 Syawal. Saya hanya kata dan senyum lebar mendengar dan melihat gelagat mereka.
Sebenarnya, saya sendiri memiliki banyak gambar bulan Waxing Gibbous ini. Saya tak paparkan disini kerana gambarnya tidaklah sejelas seperti di atas. Maklum sajalah......skill amatur, dan peralatanpun tidak secanggih mana sangat. Coming soon......

Saturday, April 4, 2009

Peluang Dicipta....!

Semalam saya memenuhi undangan rakan-rakan guru dari SMK. Bugaya yang menganjurkan Kem Bina Sahsiah Remaja ( KBSR ). Sahabat saya, Cikgu Omar, meminta saya membuat pengisian tentang 'Disiplin Teras Kejayaan'. Sasaran KBSR ini adalah kepada pelajar-pelajar yang menghadapi 'sedikit masalah disiplin', demikian makluman awal yang saya terima.

Lantas, saya membuat sedikit 'penyelidikan' berdasarkan pengalaman dan rujukan kepada beberapa buah buku berkaitan motivasi. Saya teringat pesan sifu, motivasi yang 'sustainable' adalah motivasi yang menyentuh domain 'kognitif dan knowledge' dan bukannya 'emotional'. Tetapi menghadapi 'client' seperti dalam program KBSR ini, bukan kerja mudah. Akhirnya, saya mengubahsuai sedikit 'powerpoint' saya dengan memperbanyakkan ilustrasi yang banyak menyentuh secara terus karakter dan personaliti kelompok pelajar seperti ini. Nasib baiklah banyak koleksi gambar dan grafik yang sangat sesuai dengan tajuk yang saya diberikan.
Program selama 1 jam 30 minit bermula agak lewat daripada jadual pada pukul 8.00 malam. Kelaziman yang berlaku dalam mana-mana program seumpama ini. Membicarakan 'Disiplin Teras Kejayaan' ini saya mulakan pengisiannya dengan kupasan tentang kuasa minda dan .....think big!. Dengan bantuan beberapa grafik 'double meaning' yang mampu mencabar, saya cuba untuk mengkonsepsikan tajuk agar mudah difahami dan diterima peserta.
Saya bicarakan juga 5 jenis manusia melihat peluang. Peluang disia-sia, peluang ditunggu, peluang diambil, peluang dicari dan peluang dicipta. Huraian tentang peluang ini saya kaitkan dengan takrifan disiplin dalam konteks yang mereka alami dan fahami. Pada akhirnya, saya menekankan kepada mereka peri pentingnya mereka 'memilih kawan' kerana pada hemat saya pemilihan kawan inilah yang menjadi pintu masuk utama kepada terlibatnya mereka dengan gejala yang tidak sihat dan merugikan mereka. Isi pengisian saya.....ditutup dengan cerita kapal karam dan rumusan kepada beberapa opsyen jawapan kepada cerita itu.
Demikian sedikit plot pengisian saya tentang 'Disiplin teras kejayaan'. Saya hanya berharap apa yang telah saya sampaikan mampu mendetikkan sesuatu yang bermakna kepada mereka. Saya tegas menganjurkan kepada peserta-peserta KBSR ini, peluang untuk kita melakukan kebaikan sentiasa terbuka untuk kita. Hatta semudah kita memberi senyuman itupun merupakan satu kebaikan, apatah lagi jika kita melihat ini adalah peluang yang dicipta untuk kita mengutip sebanyak mungkin pahala dan kebaikan. Masih tidak terlewat untuk kita berbuat sesuatu yang bermakna!. Kepada Allah s.w.t. segalanya kita berserah!.

Friday, April 3, 2009

Azzy kini.....1 tahun !







Happy Birthday.....Azzy!

Thursday, April 2, 2009

Lembut tapi orang 'salute' !

"Jangan bazirkan air, jangan pula sampai tak mandi gara-gara nak jimatkan penggunaan air. Tak mandi itu kan salah satu cara menjimatkan air tetapi mandi juga penting untuk menjaga kesihatan dan kebersihan!". Demikian antara lain tips penjagaan alam sekitar versi Afdlin Shauki, yang diungkapkan dalam majalah AstroView April 2009. Kelihatan lucu, tetapi ada kebenarannya!.

Pada hari isnin yang baru lalu, seperti lazim saya mengisi Slot Motivasi dalam perhimpunan mingguan sekolah. Saya menyentuh dengan nada tegas dan serius ungkapan "orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa".
Sering berlaku pelajar yang menerima 'penangan' rakan guru yang berpendirian tegas ( hal-hal disiplin dan pembelajaran tentunya..... ) mengambil sikap menjauhkan diri atau membenci guru berkenaan. Natijahnya, apa sahaja kebaikan yang cuba dibuat guru tersebut kepada pelajar berkenaan tidak akan diterima baik. Malah kelaziman yang berlaku, kereta guru berkenaan akan 'dilukiskan' aksesori baru dan seumpamanya. Kelihatan kejam, tetapi ada kebenarannya juga, apatah lagi jika kesalahan pelajar itu boleh memudaratkan bukan sahaja dirinya, malah juga orang lain, sekolah dan paling kritikal...masa depannya!.

Pada situasi yang lain pula, ada rakan guru yang terlalu 'apologetik'. Sikap baik ini juga terkadang disalahtafsir oleh pelajar sehingga guru berkenaan dilabelkan seorang guru yang baik!. Definisi pelajar kepada guru seperti ini tentunya memberi kesan kepada kerja-kerja sekolah dan disiplin pelajar itu sendiri. Pelajar dengan mudah beranggapan kerja rumah dan latihan yang diberikan guru ini boleh diambil mudah, malah tak payah hantarpun...tidak mengapa!. Natijahnya, pelajar ini akhirnya bertendensi untuk tidak belajar bersungguh-sungguh, malah 'besar kepala' dan tak hormat langsung kepada gurunya.

Pada tahap inilah saya tertarik untuk mentaakul tips Afdlin Shauki. Rupa-rupanya memang 'konflik' sentiasa berlaku pada diri kita dalam banyak perkara. Dari kaca mata seorang guru, pada perhimpunan yang berkenaan saya bertegas memanggil beberapa orang pelajar yang saya dapati 'mempamerkan' ciri-ciri pelajar seperti yang saya maksudkan di atas.
Teguran dibuat bukan sahaja untuk diri pelajar berkenaan, tetapi juga sebagai 'tayangan bermesej' kepada rakan-rakannya yang lain, agar tidak melakukan perkara serupa. Kepada pelajar saya tegaskan, perlunya mereka mengambil sikap tahu menerima budi dan arif mempamer bahasa!. Elemen budi bahasa ini adalah perkara yang merentas kurikulum walaupun ia tidak secara spesifik.

Deria rasa saya sebagai seorang guru, akur dan mengakui bahawa kita sebagai watak utama dalam dunia pengajaran dan pembelajaran seharusnya mendukung darjah 'kebijakan' yang maksima. Kita bukan sahaja perlu 'bijaksana' menghadapi akal budi pelajar-pelajar kita dalam menuntut ilmu, malah kita juga harus 'bijaksini' menghadapi budi bahasa anak-anak didik kita yang mempunyai pelbagai aras dan tingkat kefahaman dan latar belakang.

Satu kefahaman sejagat yang harus didukung semua warga pendidik ialah potensi setiap anak didik kita untuk menjadi baik tetap ada. Sebab itu keupayaan kita mencatur variasi sikap mereka harus berpada-pada. Jangan terlalu tegas, takut dan bimbang semakin keras. Jangan pula terlalu lembut, nanti pelajar tak 'salute'. Saya tegaskan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah pada pagi tadi, kita harus ada kebijakan mentaakul realiti pelajar disamping tidak lupa untuk menyemak keberkesanan kurikulum yang kita gubal dan laksanakan di peringkat sekolah. Tomorrow never die!.

Wednesday, April 1, 2009