Tuesday, March 17, 2009
Penat buat baik...!
Monday, March 16, 2009
MELTC.....
Saya sendiri sebenarnya tidak pernah sampai ke lokasi ini. Perjalanan ke MELTC agak sukar terutama pada musim hujan seperti ketika ini. Nasib baiklah ada kenderaan 4X4 milik MELTC ini yang memang bersedia membantu para pengunjung resort ini. Gambaran yang diberikan pada saya tentang resort ini agak sederhana. Tetapi sesampainya disini, keadaanya memang sebaliknya.
Dengan pelbagai kemudahan disediakan, tempat ini memang amat sesuai untuk menganjurkan kursus dan seumpamanya.
MELTC mempunyai dewan besar, dewan sederhana, beberapa bilik yang sesuai untk berLDK, Dewan makan, Surau dan beberapa tempat rekreasi. Cuma 'line' telefon sahaja yang kurang baik disini.
Sebab itu, pagi tadi barulah ada entry baru untuk blog saya ini. Disana memang langsung tak boleh 'up-load' apaapa. Saya bercadang untuk membawa anak-anak ke sini suatu hari nanti.
Pemikiran Strategik...!
Selepas mengajar saya terus ke rumah mengambil bagasi dan kemudian bersama Yani, isteri saya dan ipar saya, memulakan perjalanan ke airport. Ringkaskan cerita, saya dan yani beserta seorang kawan, sempat bersembang tentang apa yang dipanggil ‘pemikiran strategik’ AirAsia. Ceritanya bermula dengan perubahan baru yang diperkenalkan AirAsia. Kini jika anda menaiki pesawat AirAsia, anda tidak perlu lagi tergesa-gesa atau berlumba-lumba untuk mengambil tempat duduk. Setiap penumpang akan diberikan tempat duduk masing-masing. Cuma saya tidak pasti sama ada kita boleh minta seat ini semasa check-in di kaunter. Balik nanti…..saya akan cuba!.
Apa yang saya amat pasti tentang pemikiran strategik AirAsia ini adalah manipulasi kepada ‘future studies’. Penggunaan ICT dalam menjayakan konsep perniagaan AirAsia adalah pemikiran strategik yang menepati keperluan masa depan yang relevan dengan gaya hidup manusia masa kini. Sesiapa sahaja yang tidak kompeten kepada teknologi masa kini
Lalu apa mesejnya kepada kita, jelas..... untuk kita menjadi manusia yang sentiasa relevan kepada perkembangan zaman, kita harus mengasimilasikan diri dengan perkembangan teknologi ICT yang cukup pantas dan laju perkembangannya. Benarlah, anak-anak yang dilahirkan itu adalah untuk hidup pada zaman yang sama sekali berbeza dengan kita!. Mahu atau tidak, kita mesti menjadikan diri kita relevan dengan perkembangan zaman. Inilah yang dikatakan sebagai ‘pemikiran strategik’. Tak tau lah…….
Thursday, March 12, 2009
Wednesday, March 11, 2009
Tuesday, March 10, 2009
Adidas Duramo !
Sayapun membayar harga selepas diskaun 10% sebanyak RM206.91. Alangkah terkejutnya saya kerana gadis comel loteh di kaunter bayaran rupanya 'junior' saya semasa di tingkatan 6 di SMK. Abdullah dahulu. Sambil meminta maaf kepada 'junior' yang memperkenalkan dirinya, kerana tidak 'cam' mukanya, saya bertanya namanya. Dia hanya memperkenalkan diri sebagai Siti. Saya melihat pada resit bayaran, ID cashier tertera tulisan nama Siti Nurjana Binti Saharuddin. Rasa lucu ada, rasa bersalahpun ada apabila Siti menyatakan perkara yang paling dia ingat tentang saya adalah saya sering mengetuk kepalanya.
Sambil memandu saya bermonolog, mudah-mudahan Siti mengenangnya sebagai perkara baik dan sebahagian kecil episod lucu dalam hidupnya. Sekonyong-konyong saya berfikir panjang, apakah selama ini saya meninggalkan legasi atau kenangan yang baik pada semua teman-teman dan kawan-kawan saya. Saya hanya mampu berhayal, kalaulah dapat saya delete semua kenangan buruk bersama sesiapa sahaja yang pernah melalui cerita silam bersama saya, alangkah seronoknya!. Tapi kenangan pahit itupun kan ada manisnya!.
Saya berusaha mendorong diri untuk mempercayai bahawa peristiwa yang telah berlalu, biarkanlah ia berlalu. Tapi ambillah mesej dari setiap kenangan itu, pastinya untuk kita memperbaiki diri dengan, atau, dan orang lain. Kenang daku dalam doamu!.
Monday, March 9, 2009
Maulidur Rasul...!
Sunday, March 8, 2009
Seorang Bateri ‘Rechargeable’ !
Sebenarnya, beberapa ketika sebelumnya, saya sempat bersembang dengan beberapa orang rakan guru bersama kehadiran Penolong Kanan Pentadbiran. Antara topik bicara sembang kami adalah surat undangan SMK. Bum-bum berkenaan. Saya sebenarnya sekadar menyatakan sedikit kegusaran perihal memenuhi undangan atau menghadiri kursus dalaman anjuran sekolah. Konfliknya, kerana saya telah
Atas dua situasi ini suka saya menyatakan pendirian untuk memenuhi kedua-duanya. Secara prinsip, saya sememangnya pergi ke SMK Bum-bum kerana undangan mereka telah disampaikan seminggu lebih awal, dan saya pula sudah menyatakan komitmen untuk ke sana. Tetapi moralnya, selayaknya saya menghadiri Hari Profesionalisme kerana ia adalah anjuran sekolah saya sendiri dan bertujuan untuk pembangunan staf pula. Memang tak ada hal…kena hadir! demikian saya bermonolog.
Disinilah letaknya kebijaksanaan kita sebagai individu ‘mencatur’ setiap gerak dan strategi kita sedari awal. Malah ianya sepatutnya sebelum lagi kita berniat untuk ‘bermain catur’ tersebut. Kenapa saya menyatakan demikian, ada asasnya. Tanpa perlu saya meramal apa yang ‘bos’ saya fikirkan ketika membuat keputusan membenarkan saya memenuhi undangan teman-teman di SMK. Bum-bum, semacam saya mempunyai keyakinan kepada beberapa perkara.
Keduanya, kita harus istiqamah dengan ‘paten’ yang kita pilih dalam memberi sumbangan. Persoalan ‘demanding’ dan tawar menawar dalam memberi sumbangan kepada masyarakat tidak seharusnya berlaku. Saya memilih untuk memberi sumbangan dengan cara berkongsi pengalaman, sebenarnya ‘mungkin’ kerana saya dianugerahkan tuhan kemahiran berbicara. Ya….orang lain pun boleh berbicara perkara yang sama. Orangpun boleh bercakap seperti saya!. Benar…..begitu!.
Saturday, March 7, 2009
Pemimpin Pelajar !
Sepanjang lebih sejam berbicara, saya menekankan kepada para peserta kem kepimpinan ini beberapa perkara. Sudut pandang kebanyakkan pelajar melihat kepimpinan itu seolah-olah terpisah dari ‘business core’ mereka sebagai seorang pelajar. Kecenderungan kalangan para pengawas, ketua-ketua kelas dan PRS merasakan jawatan mereka itu sebagai satu ‘previllage’ atau keistimewaan. Lesen ini yang memungkinkan mereka melupakan tugas hakiki sebagai pelajar iaitu belajar. Saya menekankan kepada para peserta kem perlunya mereka menjadi pemimpin yang baik kepada diri sendiri sebelum menyediakan diri memimpin rakan-rakan yang lain.
Lazimnya, bila seorang pelajar menjadi pengawas, pelbagai tugasan sering diberikan kepada mereka. Tugasan itu pula kebiasaanya dilaksanakan semasa sesi persekolahan atau lebih tepat lagi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). Dari sekecil-kecil tugasan, membuat pengumuman
Tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar yang ‘nature jobnya’ seperti terasing daripada dunia P&P tidak harus menyusutkan kapasiti belajar mereka. Bagi saya anak-anak pelajar, rasanya perlu lebih berani bersedia berhadapan dengan pelbagai kesibukan ini, tetapi pada masa yang sama tidak pula sehingga mengabaikan tugas dan fungsi diri. Selain itu, saya tekankan juga bahawa sepatutnya mereka berbangga kerana dikalangan ramai pelajar, mereka antara yang terpilih dan diberikan amanah!.
Friday, March 6, 2009
Aku tukang jaga!
Petang itu juga saya berjalan dengan anak ketiga saya, Nur Anis Ilyana. Seorang saudara sekampung menegur, ada gerangan apa yang membawa saya ke situ petang itu?. Saya hanya membalas pertanyaannya dengan hamburan senyuman dan tawa. “Tak ada….saja jalan-jalan”, demikian saya menjawab lemah dan bersahaja. Saudara sekampung itu, melanjutkan bicaranya, “Baguslah juga begini…….bolehlah juga anak-anak kita saling mengenali……”. Sekali lagi saya hanya menjawab dengan tawa pendek dan barisan gigi besar saya!.
Sambil berjalan berpimpin tangan dengan anak saya, Eying…..bertanya, siapakah gerangan perempuan itu tadi. Saya hanya menjawab pendek, “Makcik Moning!”. “Keluarga kita ka tu….pak?”, anak saya bertanya lanjut. “Ya!” demikian ringkas saya menjawab pertanyaan anak saya itu. Bagai memahami ‘interior monolog’ yang sedang saya alami, anak saya tidak bertanya lanjut. Kami berjalan beriringan, sambil saya perasan anak saya berjalan dengan cukup berhati-
Lubang itu yang menyebabkan anak saya kelihatan berjalan dengan cukup berhati-hati. Bimbang termasuk kaki dalam lubang jambatan itu agaknya!. Sambil itu saya melayan perasaan saya, mengenang kisah lebih 30 tahun yang lalu.
Di jambatan inilah…….rasanya saya mula mengenali makna berkawan, ikut perintah abang ( istilah modennya...dibuli ), tukang jaga, tukang ambil kuih, pembawa berita dan pelbagai lagi tugas zaman kanak-kanak. Kawan-kawan sebaya saya kini hanya tinggal seorang yang menetap di kampong. Yang lain entah dimana bertebaran di muka bumi ini. Ada juga seorang dua yang terkadang muncul pada masa hari raya puasa. Itupun…..satu dua hari saja di kampung, lepas itu balik ke lokasi sarang masing-masing.
Sambil mengimbas wajah teman-teman sepermainan yang kini entah ke mana perginya, saya tersenyum dan seperti hendak ‘join’ sama melihat anak-anak kecil mandi laut. Wajah mereka memang saya tidak kenal sudah. Tetapi saya yakin ada diantara mereka itu, anak, cucu atau mungkin anak saudara teman-teman sepermainan saya. Saya masih ingat lagi, pada situasi seperti inilah saya akan ditugaskan oleh abang saya untuk ‘berjaga’. Pada ketika itu, suatu kelaziman yang berlaku dikampung, antara kematian yang sering berlaku ialah mati lemas. Tidak heranlah apabila ibu mengetahui kami mandi laut, sekejap lagi ibu akan menyusul ke
Dalam melihat gelagat anak-anak kampong mandi laut di jambatan ini, hati saya seolah-olah ‘tersenyum’ mengenangkan pengalaman masa saya seperti mereka. Apa tidaknya, oleh kerana saya…adik, maka abang lebih berkuasa dari saya. Apa lagi…..saya tidak dibenarkan mandi laut kerana ditugaskan menjaga ‘seluar – baju’ abang dan kawan-kawannya, yang ditanggalkan semasa mandi laut. Strateginya mudah, seluar dan baju itu tidak boleh dibawa mandi kerana bimbang ia basah dan takut diketahui oleh ibu. Pada ketika abang dan kawan-kawannya, seronok bermandi laut, saya hanya mampu berliur menyaksikan mereka terjun dari jambatan sambil kekadang beradu kehebatan siapa yang paling tahan nafas menyelam. Yang lucunya, kekadang abang yang mengingatkan saya agar tidak alpa membuat laporan jika 'melihat' ibu dan batang penyapunya tiba-tiba muncul.
Thursday, March 5, 2009
Godaan Planet Zuhal !
Planet Zuhal dilaporkan sesuai untuk dicerap pada 08 Mac ini, kerana berada pada kedudukan yang berhampiran dengan bumi. Saya dapat maklumat ini dari sebuah laman web berkenaan planet Saturn ini. Apa yang menarik perhatian saya dalam laman web berkenaan adalah penerangan lebih detail tentang bulan planet Zuhal ini.
Gambar yang saya paparkan ini sebenarnya diambil oleh Robot Angkasa Cassini yang sedang berada di orbit planet Zuhal. 
Gelang Zuhal itu rupanya beberapa nama iaitu Gelang D, Gelang C, Gelang B dan Gelang A. Manakala gelang yang mempunyai jejari lebih besar itu dikenali sebagai Gelang E, Gelang G dan Gelang F. Setiap gelang itu pula siap diterangkan saiz dan komposisinya.
New Proton Perdana V6.....
