Wednesday, January 21, 2009

Another Learning by experience...!

Cukup melucukan.......!. Semalam saya dan anak-anak, adik dan ibu saya berada di laman Seri Ilham ( rumah keluarga saya.. ) beramai-ramai sehabis sahaja waktu Isyak. Mencuba menggunakan Telescope Orion SpaceProbe 130 EG yang baru sampai semalam. Setelah siap dipasang segala yang patut pada telescope berkenaan, apa lagi kami pun cuba menggunakan.!

Ibu saya yang terikut-ikut gelagat anak dan cucu-cucunya, terbongkok-bongkok melihat 'eyepiece' mencari objek yang ingin diteropong. Bingkas bangun tegak kerana katanya.....tak nampak apa-apapun. He..he.... apa lagi cucu-cucunya tertawa melihat gelagat nenek mereka. Satu lagi situasi lucu...... selepas 'finder' dibetulkan dengan 'eyepiece', kerana lama sangat membongkok, adik saya, Karim mahu memanjangkan 'tripod'. Sayapun mengangkatlah telescope seberat 13 kilogram ini. Sehabis sahaja 'tripod' dikunci, kerana objek yang nak dicerap adalah bintang dilangit ( semalam langit sangat cerah.... ), bila sahaja telescope dihalakan ke arah sasaran, 'eyepiece' pula terlebih keatas sehingga tak boleh untuk melihat langsung!. Apa lagi...anak-anak pula mentertawakan kami!.

Nasib baiklah ada adik saya di Kuala Kubu Bharu yang boleh dihubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaimana menggunakan telecope ini, walaupun sudah disertakan manual penggunaan. Pengalaman yang dilalui itu jauh lebih berharga, kerana selepas itu saya amat yakin, kami akan bertambah mahir menggunakan telescope ini.

Lebih penting lagi, telescope ini rupanya menjadi satu lagi menu aktiviti untuk kami sekeluarga bersama, gembira dan ceria...... ini yang seronok sungguh ni!. Sesi pertama semalam lebih merupakan percubaan sahaja. Membiasakan diri apatah lagi dengan melihat objek secara terbalik, memang memeningkan kepala. Gambar objek yang menjadi 'target' semalam memanglah tak berapa cun, tapi bolehlah..... akan datang mungkin lebih baik kot!
Seperti kata Obama semalam, the greatness of our nation is never a given, it must be earned! Pengalamanpun samalah juga !

Monday, January 19, 2009

Apa istimewanya..Siddhartha!

Saya kini sedang menunggu di Airport Tawau. Telescope saya sampai sekejap saja lagi ni...... excited sungguh! He..he.....

Sementara itu, saya gunakan kesempatan ini untuk membidang dada laptop, guna menukilkan sesuatu. Saya nak perkenalkan satu buku yang saya sendiripun tengah tunggu buku ni sampai. Maklum saja beli secara on-line, seminggu jugalah tunggu!. Buku yang saya maksudkan adalah buku novel Siddhartha.

Siddhartha menyingkap sebuah kisah indah seorang anak muda yang mencari dirinya. Kasih sayang dan ilmu yang dicurahkan kepadanya masih belum mencukupi dan dia telah meninggalkan keluarga serta kemewahan dunia demi mencari jawapan kepada peroalan hidupnya. Dia berpuasa daripada keinginan, impian dan keseronokan. Pengalaman ini sepatutnya menyucikan jiwanya tetapi tidak, lalu dia meneruskan pencariannya dalam dunia yang dikuasai hawa nafsu.
Siddharta hampir berputus asa sehinggalah dia mendapat petunjuk di tebing sebatang sungai. Dia sedar ilmu boleh diajarkan tetapi bukan kebijaksanaan. Kebijaksanaan hanya dapat dicapai melalui pengalaman hidup. Apakah yang ditemui Siddharta?
"Siddharta harus dibaca oleh cendekiawan Melayu yang berniat meluaskan minda mereka"-Demikian komen Profesor Diraja Ungku Aziz. "Sebuah Model karya sastera terbaik dan bermutu di peringkat antarabangsa"-Dato' Hassan Ahmad. "Novel ini cuba menemukan pencarian dalaman dan luaran melalui fikiran Timur dan Barat - satu tema universal tentang masalah besar manusia dan tamadunnya"-Dato' Baharudin Zainal (Baha Zain).
Sebenarnya sudah lama saya cari novel yang hebat ini. Gambaran awal yang saya dapat mewajahkan perspektif menarik dan mengujakan, apatah lagi dengan reputasinya sebagai Pemenang Hadiah Nobel. Ini tentunya bukan calang-calang novel. Paling penting kita manfaatkan mesejnya!. Berminat? Lawat e-kedai.net. Linknya ada dalam blog saya ini. Selamat Menjamah Santapan Minda!

Saturday, January 17, 2009

Moon on 16 January!

Gambar bulan separuh ini diambil menggunakan Telescope Orion SpaceProbe 130 dengan kamera Canon D400 SLR. Rupanya.....permukaan bulan jelas jika melihat di kala bulan separuh. Begitu indahnya, keindahan dan keagungan kuasa tuhan.
Bersama berfikir....... mengenainya. Saya membaca dalam artikel berkaitan, rupanya bulan menjarakkan diri dari bumi lebih kurang 3 cm setiap tahun. Menurut perkiraan artikel berkenaan, lebih kurang 600 juta tahun dari sekarang.......tidak akan berlaku lagi gerhana matahari seperti yang akan berlaku pada 26 Januari 2009 ini!




Thursday, January 15, 2009

Teleskop & Fenomena Alam














Anda bayangkan, pada jarak 9 km....apakah objek yang dapat kita lihat sejelas gambar ini. Dengan mata kasar, memang mustahil. Telescope memungkinkan kita melihat objek sejauh ini dengan kejelasan seperti gambar ini.
Sungguhpun hanya dengan kamera telefon bimbit, anda bayangkan jika menggunakan kamera sebenar!. Rasa teruja........menantikan fenomena gerhana matahari separa pada 26 Januari 2009 ini.

Wednesday, January 14, 2009

Tuesday, January 13, 2009

Azzy kini 9 bulan !

Tak sedar masa terlalu cepat berlalu, My Azzy kini berusia 9 bulan 10 hari. Telatahnya cukup membahagiakan... Moga menjadi manusia berguna!. Manalah tau jadi angkasawan wanita pertama......he he he.....
Gambar untuk tatapan uncle eno, uncle amme & uncle toi! Kerja bersungguh-sungguh kerana Allah!






















Monday, January 12, 2009

Moon on 11 Januari !

Cerapan bulan berikut dibuat oleh adik saya di Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Kombinasi Telescope Orion Spaceprobe 130 dan Kamera Canon SLR D400 menghasilkan imej bulan yang sungguh menakjubkan!. Sungguh cantik imej bulan ini! Fikir-fikirkanlah !










Sunday, January 11, 2009

Telescope Orion Spaceprobe 130!

Sudah seminggu sesi persekolahan bermula. Sudah tentu banyaklah benda baru yang hendak dibawa untuk dicurahkan kepada anak-anak murid. Cuma jadual mengajar masih tidak ‘stabil’ lantaran perpindahan beberapa orang rakan guru kembali ke tempat asal mereka masing-masing. Seingat saya, sepanjang lebih 17 tahun saya mengajar, guru tak pernah cukup!. Jangan ceritalah pasal opsyen, tetapi ‘hidup mesti diteruskan…….!’.

Sepanjang minggu lepas saya memasuki kelas, salah satu perkara yang saya war-warkan kepada anak-anak murid saya ialah hobi baru melihat angkasa lepas!. Bukannya apa…… saya sekadar cuba memberi perspektif baru yang mungkin mendorong semangat dan motivasi baru kepada mereka, agar belajar bersungguh-sungguh. Saya merasakan, awal tahun ini mesti digunakan untuk ‘memacak’ keazaman baru khususnya dalam usaha anak-anak murid kita untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan dan yang paling penting menjadi manusia berguna dan mempunyai perspektif positif dalam melihat kehidupannya!.

Saya sendiripun teruja melihat keajaiban alam ciptaan tuhan ini!. Semalam, saya meminta adik saya di KL membelikan telescope baru, selepas puas menjelajah laman web untuk mencari ‘teropong’ yang sudah lama saya idam-idamkan ini. Banyak jugalah yang saya pelajari sepanjang proses membeli telescope ini. Atas nasihat Mr. Alan, di Stargazer.com, maka saya membeli Telescope Orion Spaceprobe 130. Menurutnya inilah yang paling sesuai untuk ‘beginner astronomer’ seperti saya. Walaupun saya berbelanja sekitar RM2600.00 termasuk assesori tambahan telescope ini, tetapi saya lebih melihat ilmu dan manfaat dari pengetahuan melihat angkasaraya itu lebih mahal!.

Semalam adik saya di Kuala Kubu Baru menggunakan telescope ini untuk mencerap bulan penuh ( gambar bulan dibawah, yang dicerap semalam, muat-turun dari blog adik saya ) . Allahuakbar…..indahnya alam ciptaan Allah ini! Walaupun hanya dengan kamera telefon bimbit, tetapi gambar yang terhasil dari telescope ini cukup mengujakan!. Saya sangat ‘jealous’ melihat adik ( melalui blognya… ) dapat menggunakan telescope ini dulu daripada saya. Tak sabar sudah ni!. Apakan daya, telescope ini hanya akan sampai ke tangan saya seminggu dari sekarang ( kirim by hand melalui saudara saya yang balik kampong ). Insya-Allah, saya akan memasukkan gambar-gambar menarik planet lain yang berjaya dicerap dalam blog saya ini nanti. Teruslah melawat yee.....he he !

Paling mahal bagi saya, menghayati dan menginsafi alam ciptaan tuhan disamping memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada anak-anak dan rakan saya, teristimewa pengunjung-pengunjung blog saya ini!. Kini....sudah ada kategori baru dalam blog saya, astronomi!. Sabarlah……


































Saturday, January 10, 2009

Epilog 2008!

Mahu tak mahu…….hari ini kita sudah 9 hari meninggalkan tahun 2008. Sama ada kita bersedia atau tidak dengan situasi ini…….. tiada siapa yang peduli !.. Sebagai makhluk yang diberi ‘akal’ untuk berfikir, selayaknya kita menggunakan kelebihan ini sebijaksana yang mungkin….

Ada dikalangan kita yang bersikap sinistik terhadap peralihan tahun. Bagi mereka, tiada apa yang berbeza tahun yang sudah berlalu dengan tahun mendatang. Sedangkan secara hurufiahpun sudah jelas ‘perbezaan’ yang berlaku! Dulu 2008…….kini 2009!. Hujah yang kanak-kanak tadika pun…… pandai gunakan!. Tetapi jika kita mengangkat sedikit mahqam berfikir, yang pasti peralihan tahun ini membawa mesej yang cukup signifikan dengan ‘hayat’ kita. Bahasa Matematiknya, masa sudah semakin suntuk untuk kita memperlengkap persiapan menghadapi ‘perjalanan panjang’ hari esok!. Saya sebenarnya tidak berniat, mahupun cuba mendepani ‘bab akhir’ ini. Tetapi akhirnya kita perlu lebih realistik menanggapinya.

Bagi saya…..saya merasakan tidaklah terlalu jelek dan canggung untuk menggunakan peralihan tahun ini sebagai ‘titik mula’ menghiitung sesuatu. Tahun yang berlalu boleh menjadi tanda aras bagi tahun terkini. Sekali lagi jika kita menggunakan akal….terlalu banyak yang boleh kita fahami, andai kita cuba untuk menguliti bait-bait makna yang yersembunyi disebaliknya.

Saya tidak berniat untuk bersyarah…… tetapi memadai bagi diri saya sebagai ‘kad kuning’ kepada diri sendiri disamping menghisab apa yang telah saya sumbangkan. Setelah lebih kurang 192 jam kita menghirup udara di tahun 2009 ini, akhirnya saya memaksa diri melihat ‘wilayah’ sumbangan kita ( kalau semua apa telah saya lakukan …boleh dikategorikan sebagai sumbangan ! ).

Saya memilih untuk menghitung setiap kerja yang telah saya lakukan walau sebesar manapun saiznya. Atas pegangan setiap kebaikan akan menerima balasan….. Memang segalanya adalah dengan kudrat dan iradah dari Allah s.w.t. Tetapi tidak salah rasanya untuk kita menghitung manik-manik kebaikan itu untuk dijadikan ‘Baikonur Cosmodrome, Kazahstan’ melancarkan ‘soyuz’ diri 2009 ini.

Atas keyakinan ini, saya menyeru kepada diri dan kepada individu yang sama waktu dengannya, mari kita mengambil kesempatan sapaan udara januari 2009 ini dengan memperteguh keyakinan menyudahkan bagi 357 hari lagi dalam tahun ini, dengan azam mempertingkat dan memperbanyak amal sumbangan untuk maslahat diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara!. Tanpa terlalu nostalgik dengan kegagalan 2008, sebijaknya kita menapak denai 2009 dengan lebih berhati-hati tetapi penuh keyakinan!.

Sebagai ayah, selamat ‘memanusiakan’ anak-anak. Sebagai suami/isteri, selamat menjadi bergu yang tangkas. Sebagai guru, selamat mengajar anak-anak bangsa. Sebagai warganegara, selamat berkorban untuk nusa tercinta!. Sebagai hamba Allah s.w.t., selamat memakmurkan alam ini dengan penuh insaf dan taqwa. Jadilah diri kita…..manusia yang dirasai kehadirannya!

Friday, December 26, 2008

Return Back Journey!

Tarikh : 23 Disember 2008 ( Selasa )
Lokasi : Taman Puterajaya, Telipok, Kota Kinabalu.
Destinasi : Seri Ilham, Semporna.
Masa Bertolak : 12.00 Tengahari.
Masa Tiba : 12.30 Malam.
Check-point :
  • Kg. Taginambur, Kota Belud.
  • Restoran Annisa, Telupid.
  • Batu 32, Sandakan.
  • SM. Teknik Lahad Datu, Lahad Datu.

Mungkin jiwa saya agak sentimental, tapi saya amat pasti ‘rasa’ ini adalah normal bagi saya…. . Tengahari itu seperti sukar untuk saya menapak kaki meninggalkan rumah 'istana hinggap' saya. Rasa ini sering menjengah jiwa sentimental, terutama jika bersama keluarga. Saya tidak menafikan rumah ini terlalu banyak nostalgia. Dalam kereta, saya hanya sempat meluahkan ‘rasa’ ini kepada orang rumah sambil memandu. Saya mengambil pendirian positif, situasi ini mungkin latihan kepada jiwa. Saya tak tahu apa pengajaran darinya, tetapi saya amat pasti…..ada mesej yang terhampar disana!.

‘Rasa’ ini akhirnya terbawa-bawa sambil memandu dengan iringan lagu Search – Kejoraku Bersatu, dalam perjalanan balik ke ‘based camp’. Saya sengaja melayan ‘rasa’ ini untuk mendorong jiwa saya merasa kerdil dengan segala apa yang berlaku. Seperti yang saya nyatakan dalam Journey for Change, sudah hampir 2 tahun saya tidak membuat perjalanan jauh bersama keluarga.
Return Back Journey ini sengaja memilih laluan Kota Kinabalu – Kota Belud – Kundasang – Ranau – Telupid – Beluran – Lahad Datu – Kunak & Semporna. Saya merasakan sepanjang Journey for Change 1-5 dan Return Back Journey ini seperti kehilangan sesuatu. Tetapi apa……???

Bagi saya secara peribadi, terlalu banyak yang saya kehilangan. Secara fizikal, badanpun sudah tidak seslim dulu. Anak-anakpun sudah 4 orang. Saya mengimbau nostalgia silam zaman kanak-kanak dan remaja saya. Datang ke sekolah dengan segala macam kepayahan. Ke sekolah hanya berjalan kaki sejauh 15 km setiap hari melalui jalan denai dan berlopak. Kasut getah atau nama klasiknya ‘adidas kalia-mong’ digalas bersama beg sekolah dan hanya dipakai sesampai di kawasan sekolah. ‘Adidas’ ini cukup disayang!.

Bekal ke sekolah hanya jagung rebus dan minuman pula hanya diambil dari air tangki sekolah. Sangat jarang mendapat bekalan duit poket untuk berbelanja di kantin, walau cukup cuma 20 sen!. Paling menggores hati, bilik darjah saya adalah berkongsi dengan 2 lagi kelas lain dari darjah yang berlainan. Paling menyeronokkan adalah apabila diberi bekalan susu bantuan sekolah terutama pada hari isnin ( sebab hari isnin, diberi perisa coklat!, hari lain perisa jagung, strawberry dan susu putih…. ).

Masa remaja, kalau boleh.... saya tak mahu ada cuti sekolah. Bukan sebab mahu sangat belajar!. Tetapi hanya pada masa persekolahanlah saya akan terselamat dari ‘tugasan’ mengisi beg plastik hitam dengan tanah untuk menanam koko. Mengangkat air berbaldi-baldi banyaknya. Mengambil kayu api untuk memasak dan pelbagai tugas lain. Itu tugas sebelah siang. Tugasan waktu malam pula adalah berjaga dihujung kebun jagung ayah, preskripsi tugas ialah menghalau babi hutan dari memakan dan memusnahkan kebun jagung ayah saya! Aduh…….

Banyak lagi nostalgia silam yang tak mampu saya nukilkan pada blog ini. Mungkin…. ada diluar sana beranggapan macam-macam tentang saya selepas membaca catatan ini. Bagi saya tidak sukar dan payah untuk saya mengakui segala kepayahan ini. Mungkin saya pemalas kerja berat, atau beribu lagi kemungkinan lain……. Saya terima sejujurnya!. Tetapi, anda tahu.......segala keperitan dan kepayahan inilah yang 'mendorong' saya mencapai apa yang saya ada hari ini!.

Bezanya....apa ?. Sangat banyak bezanya, kalau dulu kita mudah sangat 'berterima kasih' dengan apa sahaja yang ada. Dulu sungguhpun kita merungut, tetapi kita buat juga..... Dulu kita mudah sangat menolong dan membantu orang...... Dulu hati-hati kita mudah sangat merasa kerdil..... Dulu sungguhpun makanan tidak seenak makan kita hari ini, tetapi....menu itulah yang kita cari-cari hari ini.... Dulu kita tersangatlah positifnya, sehingga apapun kepayahan, kita memacak keyakinan, Allah s.w.t. akan 'membayar' setiap titik peluh yang mengalir dari usaha dan kerja kuat kita..... itu dulu....

Kini....... kini kita mudah sangat memperlekeh kerja orang lain. Kini kita banyak sangat 'complaint', dan langsung bertindak memprotes!. Kini kita terlalu berkira untuk membantu orang lain. Kini kita mudah sangat 'besar kepala' dan mempertonton keegoan!. Kini makan kita macam-macam ada, hingga berlebihan dan buang begitu sahaja. Kini, kita mudah sangat alpa memanjatkan syukur dan terima kasih kita kepadaNya....... apa sudah jadi!.

Catatan ini hanya.....renungan peribadi 'pentaakulan' terhadap makna diri, yang saya nak kongsikan dengan orang lain ( yang sudi...terima kasih ! ). Catatan ini mula dinukilkan pada 11.43 pm, 25 Disember 2008 dan saya rasa cukup! pada jam 1.28 am, 26 Disember 2008!. Dua hari !. Lebih penting yang saya nak lontarkan......menjelang beberapa hari lagi, 1 Muharram 1430 dan 1 Januari 2009........... 2 persoalan yang saya lontarkan kepada diri, dimana saya hari ini dan kemana saya hari esok!. Rasanya masih tidak terlewat untuk kita menghisab diri!.

Tuesday, December 23, 2008

Mengapa saya mesti kerja lebih....jika !

Lantaran susah nak melelapkan mata, semalam saya habiskan masa menonton Liga Perdana Inggeris (EPL) pertemuan antara Arsenal dan Liverpool. Pagi inipun saya susah nak melelapkan mata ( artikel ini mula ditulis jam 1.00 pagi ), lantas saya membidang dada laptop dan mula menunjuk hujung jari ke butang-butang papan kekunci untuk menyusun bait kata-kata guna menukilkan coretan ini. Nak kata ini pentaakulan pada diri dan sekeliling….tak juga. Tetapi dengan cukup luwes saya cuba meloloskan diri untuk membuat catatan sejujurnya tentang satu topik yang berkaitan dengan profesion kita.

Petang kelmarin sempat saya berkunjung ke City Tech Sdn. Bhd. di Warisan Square. Asalnya hanya nak melihat teropong yang saya dimaklumkan, mempunyai potongan harga yang menarik. Sesampai disana, saya cukup teruja kerana disana rupanya adalah syurga peralatan ‘outdoor activities’. Dari sekecil-kecil pisau lipat pelbagai fungsi sehinggalah ke teropong telescope seberat 15 kg.

Secara kebetulan juga, saya baru sahaja membeli sebuah kamera digital Canon Powershot A2000 IS dengan kapasiti 10 megapiksel serta 6X zoom. Mr. Lee ( pemilik kedai ) memaklumkan dengan barian teropong yang ditunjukkannya, saya tak perlu lagi membeli kamera SLR yang berharga ribuan ringgit. Apa lagi saya mintalah di’introduce’ dengan beberapa teropong canggih yang ada disana ( sudah tentulah harga yang paling murah ).

Episod ini bagi saya agak sedikit luar biasa. Lazimnya, para peniaga akan hanya melayan 'customer' yang confirm beli barangan kedainya. Tetapi apa yang menarik, Mr. Lee menerangkan secara detail tentang penggunaan mini telescope, bagaimana menjaga ( care ) dan bagaimana menggunakannya....... dengan bersunggh-sungguh, walaupun dia tahu saya tidak akan membeli!.

"Saya berminat dengan aktiviti 'outdoor'. Tetapi lebih penting lagi adalah 'saya suka melakukan kerja-kerja ini ! demikian Mr. Lee menegaskan.. Orang suka atau tidak... itu suatu persoalan yang tidak perlu terlalu dibimbangi. Hakikatnya, kita sering mengskalakan diri kita dengan orang lain. Sedangkan perbandingan sebegitu sungguhpun tidak salah tetapi tidak juga semestinya betul!.

Pada tahap persoalan inilah selalunya akan terzahir rupa diri seseorang. Seorang yang berkeperibadian tinggi, selalunya tidak tergugat dengan segala macam gejolak dan fiil manusia lainnya. Dia tetap konsisten melangsaikan kerja-kerjanya tanpa 'complaint', tetapi lain pula halnya bagi individu kurang keyakinan diri. Tenaganya seolah-olah disimpan oleh orang lain. Kerjanya banyak bertangguh dan sering banyak 'complaint'. Ungkapan, 'sama juga makan gaji, kenapa saya perlu kerja lebih!' adalah antara bait-bait lazim bagi individu sebegini.

Kepuasan tidak semestinya dipenuhi hanya dengan benda-benda yang mahal dan glamour. Ada kalanya kepuasan dapat dicapai sungguhpun dengan material yang murah dan tak berharga. Bezantara keduanya hanyalah pada persoalan bagaimana kita meneropong diri kita dengan fungsi diri pada alam sekeliling. Teropong yang paling jelas dan canggih adalah 'telescope' yang mampu menghadirkan Allah s.w.t. sebagai natijah kepada setiap tindakan kita.
Sori, dah pukul 2.51 pagi ni... yang baik hanya dariNya, yang khilaf adalah kecetekan kanta teropong saya. Qul huwallahu ahad........

Monday, December 22, 2008

Journey for Change 5!

Tarikh : 21 Disember 2008 ( Ahad )
Lokasi : Taman Puterajaya, Telipok, Kota Kinabalu.
Destinasi : Kota Belud.
Masa Bertolak : 11.30 Pagi.
Masa Tiba : 12.40 Petang.
Check-point : Pekan Tuaran.

Rehat panjang yang sekali-sekala diisi dengan ‘mengukur’ keluasan Mega Shopping Complex, One Borneo, terasa cukup meletihkan. Pusat Membeli-belah One Borneo memang boleh menjadikan diri kita 'tak sedar diri'. Mana taknya.......kata Astro, segala-galanya ada disana!. Sekarang ni pula diskaun harga sempena perayaan krismas...... Suasana yang ada disanapun seolah-olah kita bukan berada di KK. Macam kat Mega mall atau Sogo je suasananya ! Oii...hebat, hebat..... tapi....ia le tu !

Ambil kesempatan untuk melakukan kunjungan terhadap keluarga di Kota Belud. Meninjau-ninjau keadaan yang ada disana. Seingat saya, sudah ada jalan alternatif ke Kota Marudu tanpa perlu melalui pekan Kota Belud!. Selain itu, banyaklah lagi pertumbuhan taman perumahan baru menuju ke KB ini. Lebih dari itu, tak ada apa nampaknya! Tak tau...la.....

Singgah makan sekejap di Taman Tun Said, KB. Nak bagi 'can' ahli rombongan tengok panorama
KB dari tempat tinggi sikit. Yang pasti, .......tempat ni tidak lagi seceria dulu. Lebih kurang pukul 3 petang, kami menyambung perjalanan balik ke KK. Rancangannya nak terus pergi ke Taman Awam Teluk Likas ( dulunya....medan selera Tanjung Lipat... ). Kemudahan rekreasi disini sesuai untuk anak-anak.